
Undian dibuka bermula hari ini sehingga 25 November buat peminat mengundi pilihan kegemaran masing-masing bagi setiap tujuh kategori dalam acara OhBulan! Paling Viral Online.
Artikel Berkaitan: ABPBH 37 Angkat Tema Satu Keunggulan, Undian Kini Dibuka
Artikel Berkaitan: Anugerah Melodi Terhangat 2025 Kini Cecah 1 Juta Undian Selepas Hanya Tiga Hari
Undian dibuka hari ini!
OhBulan! Paling Viral Online meraikan individu hebat yang mencetus fenomena digital dengan memberi kuasa sepenuhnya kepada peminat untuk menentukan pemenang melalui undian sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka.
Tujuh kategori dipertandingkan antaranya Anugerah Utama OhBulan! Paling Viral Online, Selebriti Paling Viral, Digital Content Creator Paling Viral, Usahawan Paling Viral, Lagu Paling Hot (kolaborasi bersama Hot FM), Drama Paling Viral dan Kelab Peminat Paling Viral.
Tempoh undian bagi OhBulan! Paling Viral Online akan dibuka bermula hari ini (29 September) sehingga 25 November, dengan setiap peminat dibenarkan membuat sehingga 50 undian sehari.
Manakala, senarai rasmi Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember 2025 sebagai penanda aras kepada individu yang mencuri perhatian di dunia digital.
Malam kemuncak OhBulan! Paling Viral Online pula dijadualkan berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9.00 malam secara langsung di TikTok rasmi, OhBulan!.
Hashtag rasmi #ohbulanpalingviralonline digalakkan untuk digunakan bagi merangsang perbualan serta meningkatkan penglibatan peminat di platform media sosial.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman rasmi mikro OhBulan! di www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.