
Personaliti media sosial, Cik B sekali lagi menyorot perhatian warganet, kali ini dengan pencapaiannya yang membanggakan.
Artikel Berkaitan: Cik B Susut 15 Kg, Kecederaan Lutut Jadi Motivasi Turun Berat Badan – ‘Sampai 10 Orang Kena Angkat Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Dipuji Makin Kurus & Berseri, Netizen Minta Tips Turun Berat Badan – ‘Maintain Je, Terus Fokus’
Terima anugerah
Menerusi hantaran di Instagram, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, dilihat memakai jubah sambil memegang plak anugerah.
Difahamkan Cik B telah menerima anugerah USS Voyager Award 2025 di Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Anugerah 2025 Akademi Dalam Industri dan UTMSPACE Services yang diadakan baru-baru ini.
Selain Cik B, sosok ibu tercinta iaitu usahawan terkenal Datuk Seri Vida juga dilihat turut naik ke pentas untuk menerima anugerah berkenaan.
Dalam pada itu, Cik B turut menulis kapsyen ringkas pada hantaran tersebut dengan mengucapkan rasa syukur.
Alhamdulillah.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, anak kedua kepada Vida itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada warganet di atas pencapaianya itu.
Sumber: IG Cik B








