
Personaliti media sosial, Cik B menjelaskan tentang penurunan berat badan dan penampilan terbaharunya yang kini menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Dipuji Makin Kurus & Berseri, Netizen Minta Tips Turun Berat Badan – ‘Maintain Je, Terus Fokus’
Artikel Berkaitan: Cik B Kongsi Maksud Surah Ad-Dhuha – ‘Allah Tak Benci Kita’
Turun 12 kg
Menerusi perkongsian di TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin menyangkal dakwaan bahawa dia melakukan pembedahan bariatrik untuk menurunkan berat badan.
Saya tidak lakukan (pembedahan bariatrik). Saya sakit tiga bulan.
Dalam masa dua bulan saya berjaya turunkan berat badan 15 kilogram.
Menurut Cik B, sebelum ini tidak peduli akan berat badannya, malah menyifatkan makanan adalah salah satu perkara yang boleh membahagiakannya.
Alhamdulillah susut. Sebelum ini saya tak peduli nak je jadi gemuk.
Saya tak kisah kurus atau gemuk, apa perbezaannya? Saya masih gembira dan hidup seperti biasa.
Saya rasa kegembiraan saya adalah makanan sahaja jadi saya pun asyik makan saja.
Hikmah dari kejadian

Bagaimanapun, selepas mengalami kecederaan di bahagian lutut kaki kiri baru-baru ini, anak kedua kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida itu mula menyedari kepentingan memiliki berat badan ideal.
Tapi yang mengubah fikiran saya untuk turun badan adalah hikmah daripada sakit.
Ini (kecederaan lutut) yang memberi motivasi untuk saya turunkan berat badan. Bayangkan, 10 orang kena angkat saya masuk dalam van.
Hidup jangan menyusahkan orang, mati pun jangan menyusahkan orang.
Ketika itu saya menangis, bukan sebab kaki sakit tapi sebab sampai 10 orang kena angkat saya.
Terdahulu, Cik B menyorot perhatian warganet dengan penampilan terbaharunya yang dikatakan semakin menyerlah berbanding sebelum ini.
Dalam masa yang sama, ada juga segelintir warganet yang meminta Cik B untuk berkongsi tips untuk menurunkan berat badan.
Sumber: TikTok







