

Pempengaruh media sosial, Cik Epal mengakui dirinya membawa dua orang ‘bodyguard’ bagi membantunya untuk mengambil barang-barang miliknya di kediaman bekas suami, Jofliam pada Isnin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bagi Je Lah Bro..Beli Barang Baru Bukan Hang Tak Mampu’ – Caprice Nasihat Jofliam, Kesal Anak-Anak Jadi Mangsa
Hanya Cik Epal & keluarga dibenarkan masuk

Walau bagaimanapun, Cik Epal mendakwa bekas suaminya tidak membenarkan dua ‘bodyguard’ serta kru pindah barang untuk memasuki kediaman tersebut.
Bukan itu sahaja, Jofliam juga didakwa menyukarkan proses pengambilan barang kerana tidak membenarkan kru pindah barang untuk masuk ke dalam rumah.
Ya aku bawa dua ‘bodyguard’ tapi dia (Jofliam) tak kasi ‘mover’ dan ‘bodyguard’ masuk.
Yang boleh masuk hanya aku dan ibu bapa aku saja yang dibenarkan.
Jofliam upah perkhidmatan lain?
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, Jofliam juga didakwa sanggup mengupah perkhidmatan lain namun kos perbelanjaan ditanggung oleh Cik Epal.
Beria dia tempah Lalamove untuk bawa barang aku keluar.
Lepas itu Lalamove suruh aku yang bayar, sengkek betul.
Di akhir hantaran, Cik Epal menitipkan ucapan terima kasih buat rakannya yang juga merupakan pempengaruh, Anas Zahrin kerana telah membantu menyediakan ‘bodyguard’.
Terdahulu, Cik Epal mendakwa dikasari oleh Dewi ketika mengambil barang-barang miliknya di kediaman bekas suami, Jofliam.
Tidak berdiam diri, Dewi telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.
Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mengumumkan perceraian mereka pada 9 Oktober tahun lalu. Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Sumber: IGs Cik Epal








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)