berita

‘Cik Piah Gaya Je Macam CEO, Gaji Tak Sampai Ler Gaji CEO’ – Feeya Iskandar

January 17th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Isu jumlah gaji yang dibayar kepada penyampai radio masih menjadi teka-teki dalam kalangan netizen di media sosial sejak tular kemelut Tyzo dengan sebuah radio swasta.

Artikel Berkaitan: Gaji Penyampai Radio Swasta Cecah RM150,000 Sebulan?

Terbaru, penyampai radio Feeya Iskandar memberitahu gajinya tidak sampai seperti gaji CEO.

Gaya macam CEO

Menurut Feeya atau lebih mesra disapa sebagai Cik Piah, sejak semalam ramai orang bertanyakan kepadanya mengenai jumlah gaji yang diterima sebagai penyampai radio. Berikutan daripada itu, Cik Piah menjawab dia bersyukur dengan rezeki yang diterima. Tambah Cik Piah sambil berseloroh, gajinya tidak sampai tahap gaji CEO meskipun gayanya selalu kelihatan seperti seorang CEO.

Gaji dj berapa? Dari semalam ada yang tanya. Cik Piah gaya je macam ceo, gaji tak sampai ler gaji ceo. Apa pun, bersyukur berusaha sabar dalam mencari rezeki.

Terdahulu, pelakon veteran Fauziah Nawi mendakwa gaji yang dibayar kepada penyampai radio boleh mencecah RM150,000 sebulan. Malah, dakwa Fauziah, kebiasaannya gaji deejay di stesen swasta bermula daripada RM5,000 sehingga RM40,000.

Sumber: Feeya Iskandar

SKIP THIS AD ×