berita

Gaji Penyampai Radio Swasta Cecah RM150,000 Sebulan?

January 16th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

fauziah nawi

Berapa jumlah gaji yang dibayar kepada penyampai radio menjadi teka -teki netizen di media sosial sejak tular kemelut Tyzo dengan sebuah radio swasta. Isu itu turut menarik perhatian bintang veteran, Datuk Fauziah Nawi untuk bersuara juga.

Artikel Berkaitan: Tyzo Minta Kenaikan Gaji Tinggi Punca Kontrak Tamat?

Artikel Berkaitan: ‘Siap Unfollow Tyzo, Cuak Sangat Ni..Dasar Fake!’ – DJ Selangor FM

Gaji RM150,000

Fauziah nawi gaji

Menerusi ruangan komen, Fauziah mendakwa gaji yang dibayar kepada penyampai radio boleh mencecah RM150,000 sebulan. Malah, dakwa Fauziah, kebiasaannya gaji deejay di stesen swasta bermula daripada RM5,000 sehingga RM40,000.

Ada yang RM150,000 sebulan. Ada yang lebih (gaji RM150,000). RM5,000 hingga RM40,000 itu biasa untuk radio swasta.

Bagaimanapun, aktres berumur 71 tahun memberitahu bayaran penyampai radio di stesen radio kerajaan paling rendah.

fauziah nawi gaji deejay

Pada minggu lalu, Tyzo, 47, memberitahu ketiadaannya di Suria FM bukanlah keputusan serta kehendak yang dibuatnya sendiri. Susulan penamatan kontrak itu, DJ Lin diserang teruk oleh netizen yang tidak berpuas hati.

SKIP THIS AD ×