berita

Cikgu Dah Siap Beli Sarapan Untuk Pelajar, Sekali Tengok Seorang Je Datang Kelas, Kecewa Betul!

March 1st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan (Foto: Sinar Harian)

Guru merupakan insan mulia yang banyak berkorban masa dan tenaga dalam mencurahkan ilmu kepada para pelajar. Pengorbanan dan jasa mereka memang tiada tolok bandingnya.

Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila ada pelajar didakwa tergamak tidak hadirkan diri ke kelas seperti yang diarahkan walaupun makanan sudah disediakan.

‘Murid tak reti hargai’

Berdasarkan kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Ammar menceritakan pengalaman sedih yang dilalui ibunya baru-baru ini. Menurut Ammar, ibunya yang bertugas sebagai seorang guru telah memaklumkan kepada anak muridnya untuk hadir ke kelas.

Malah, guru ini juga telah menyediakan sarapan untuk kesemua anak muridnya. Tetapi sayangnya dalam 14 orang, hanya seorang sahaja pelajar yang telah hadir ke kelas tersebut. Tidak dapat digambarkan perasaan guru ini apabila usaha dan pengorbanannya seakan tidak dihargai oleh para pelajar.

Murid semua lelaki

Berkat guru penting ye

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pelajar yang langsung tidak menghargai penat lelah seorang guru. Malah, mereka juga menyifatkan para pelajar tersebut mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab.

Tidak kurang juga, ada di antara mereka yang beranggapan kemungkinan para pelajar terbabit enggan hadir kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19 ini. Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan apakah alasan sebenar para pelajar itu sehingga mereka nekad untuk tidak menghadirkan diri ke kelas tersebut.

Sumber: Ammar

SKIP THIS AD ×