Pelakon, Bella Astillah menyorot perhatian apabila berkongsi momen-momen istimewa sewaktu majlis pertunangannya bersama ahli politik, Syed Saddiq.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Mencintai Bella Astillah Juga Kerana Kedua Anaknya Iaitu Ayden & Ara’ – Syed Saddiq

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dari Teman Sekerja, Syed Saddiq Kini Sah Tunangan Bella Astillah

Permulaan segalanya

Dalam perkongsian video itu, Bella berharap agar segala urusannya selepas ini dipermudahkan kerana ia merupakan satu fasa baharu dalam hidupnya.

Jelasnya, pertunangan tersebut menandakan permulaan bagi segala perkara yang akan datang bersama Saddiq.

Cincin ini hanyalah permulaan kepada segalanya.

Sementara itu dalam video yang sama, abang Saddiq iaitu Syed Abdullah berkongsi momen itu juga merupakan antara salah satu momen yang bermakna buatnya.

Saddiq, saya sudah mengenali awak selama 33 tahun.

Saat saya sedar bahawa awak sedang jatuh cinta adalah kali pertama saya bersama Bella, apabila saya terdengar awak mengucapkan ‘I love you’ melalui telefon.

Sepanjang 33 tahun saya mengenali awak, tidak pernah sekali pun saya dengar awak mengatakan perkara itu.

Terdahulu, khabar angin mengenai penyatuan kasih antara Saddiq bersama Bella akhirnya terjawab apabila mereka mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis pada 28 Mac lalu.

Sumber: Instagram