berita

Cinta Berputik Di PUBG, Lelaki Ini Menikahi Wanita Lumpuh

August 20th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Cinta merupakan satu anugerah terindah yang dilalui oleh setiap manusia. Cinta bukan hanya berlandaskan paras rupa dan fizikal, yang paling penting adalah keikhlasan hati kedua-dua pasangan tersebut.

Jika seseorang itu mencintai pasangannya dengan ikhlas, segala kekurangan yang ada pada pasangan akan diterima dengan ikhlas dan menganggap ianya sebagai satu keistimewaan. Hal ini kerana, berpasangan adalah untuk melengkapi kekurangan dan kelebihan seseorang. 

Berkenalan melalui PUBG

Justeru, ungkapan cinta yang tidak berlandaskan paras rupa dan fizikal ini sesuai menggambarkan pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga ini. Baru-baru ini viral seorang lelaki yang tidak menjadikan kekurangan fizikal pasangannya yang lumpuh kedua-dua belah kaki dan berkerusi roda sebagai satu halangan untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Menerusi Sinar Harian, Siti Aisyah berkata dia amat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami, Amirul Syahmi Mohd Yazid yang sanggup menerima kekurangan yang dialaminya. Kejadian yang menimpa dirinya itu berlaku sebelum Siti Aisyah berkenalan dengan suaminya.

Kedua-dua kaki saya ini lumpuh selepas motosikal yang saya tunggang terlibat dalam kemalangan di Parit Raja dua tahun lalu dan ketika itu saya masih belum berkenalan lagi dengan suami walaupun kami masing-masing tinggal di daerah ini.

Apa yang lebih menarik, pasangan ini mula berkenalan pada tahun lepas melalui permainan video atas talian.

Kami hanya berkenalan pada tahun lalu secara tidak sengaja melalui permainan video atas talian, Player Unknown’s Battleground (PUBG) pada tahun lalu dan bermula dari situ, hubungan kami bertambah akrab sehingga membuahkan rasa cinta.

Abadikan sebagai kenangan terindah

Menurut Amiarul Syahmi, dia membuat keputusan untuk menikahi isterinya selepas diberitahu oleh keluarganya tentang Majlis Pernikahan Beramai-Ramai anjuran Kelab Kebajikan Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat beberapa bulan yang lalu. Walaupun dengan bayaran RM 3500, Amirul Syahmi secara peribadi amat berpuas hati dengan majlis tersebut dan akan mengabadikan kenangan terindah ini seumur hidup bersama isterinya

Majlis yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat ini lebih meriah dengan penyertaan 17 lagi pasangan mempelai.

Sumber: Sinar Harian, Facebook Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat