berita

Cinta Mati Angkara Khianat? Saat Kau Takluk Cinta Ini, Drama Terbaru Di TV3 & iQiyi Yang Korang Kena Layan!

December 19th, 2021 | by Nurul
Shout Out!

Buat penggemar novel cinta, bulan ni kami nak kongsikan sebuah lagi drama bersiri TV3 adaptasi novel yang korang kena layan iaitu Saat Kau Takluk Cinta Ini. Para pelakonnya pun tak kurang hebatnya tau!

Kalau korang rindukan lakonan antagonis Syazwan Zulkifly, kali ni dia kembali dalam drama terbaru di iQiyi dengan membawa watak yang sama, tapi lagi kejam! Drama ini juga turut dibintangi oleh Idris Khan (Rahhal Taufiq), Intan Najuwa (Melissa Haira), Shakilla Khoriri, Wafariena Roslan, Zarynn Min dan ramai lagi!

Drama slot Samarinda TV3 yang beradaptasi novel karya Sara Hezra ni mengisahkan Rahhal, seorang graduan luar negara yang tiada pilihan dan perlu meninggalkan kerjayanya untuk pulang ke kampung apabila ibunya, Hajah Jemiah jatuh sakit. Namun, kepulangannya tidak disenangi Fakhril (Syazwan Zulkifly) dan Mak Long Nisah.

Angkara tamak dan busuk hati, Fakhril dan Mak Long Nisah bertindak merampas rumah pusakanya dan berniat ingin membolot tanah Hajah Jemiah.

Rahhal yang kental dan tak mudah mengalah tetap membangunkan tanah milik ibunya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan tiba-tiba terpaut hati dengan Haira yang menumpang di pondoknya.

Fakhril gunakan Haira untuk goda Rahhal?

Punyalah dengki si Fakhril ni, dia sanggup mengupah Haira untuk menggoda Rahhal. Disebabkan Haira berhutang duit dengan Fakhril, dia bersetuju dengan rancangan jahat Fakhril.

Sedar tak sedar, Haira jatuh cinta dengan Rahhal dan mereka pun berkahwin. Ternyata, gadis manis ini sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan walaupun diuji dengan kemiskinan.

Sedang enak diulit bahagia, terbongkar pengkhianatan Haira. Rahhal yang patah hati dan kecewa terus hilang kepercayaan dengan gadis selembut Haira. Haira mengaku bahawa dia terpaksa, namun dia tidak pernah membohongi rasa cintanya kepada Rahhal.

Rahhal akhirnya memutuskan untuk berhenti menyintai dan menyimpan dendam, tetapi Haira tetap setia.

Korang rasa, apakah yang akan terjadi antara Rahhal dan Haira? Adakah mereka akan bersatu dan mampukan Rahhal menghulur maaf kepada Haira?

Jom tonton drama Saat kau Takluk Cinta Ini secara PERCUMA di iQiyi!

Haa..kalau korang nak tahu kesudahan drama yang penuh konflik ni, korang kenalah tonton bermula 20 Disember 2021 ini, jam 11 malam. Drama ini akan ditayangkan 1 episod setiap hari Isnin hingga Khamis secara percuma dan eksklusif, di mana lagi, mestilah di iQiyi!

Yang bestnya, pelanggan VIP iQiyi akan mendapat akses episod baru 1 jam selepas disiarkan di TV3, manakala, pelanggan percuma pula akan diberikan akses 48 jam kemudian.

Nikmati pelbagai faedah eksklusif di iQiyi!

Bukan drama Melayu je tau, korang juga boleh nikmati kandungan Cina, Korea dan anime tempatan yang bermutu tinggi dalam sarikata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Untuk pengalaman tontonan yang lebih menarik, korang juga boleh menjadi ahli VIP iQiyi untuk nikmati pelbagai faedah eksklusif seperti skip iklan, langganan berharga RM1.90 untuk bulan pertama, kandungan eksklusif dan tontonan awal, Dolby Atmos dan HD Penuh (Blu-ray 1080P). Menariknya!

Jadi, apa tunggu lagi, jangan lupa strim drama Saat Kau Takluk Cinta Ini secara percuma di iQiyi. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web iQiyi. 

SKIP THIS AD ×