berita

Cinta Riena Diana Bertaut Kembali Dengan Bekas Kekasih?

February 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Menjadi spekulasi tentang hubungan pelakon, Riena Diana dan bekas kekasihnya terjalin semula apabila dia memuatnaik video di akaun TikTok seolah-olah ditujukan kepada lelaki itu.

Arikel Berkaitan:‘Tak Suka Boleh Unfollow’ – Riena Diana Sangkal Dakwaan Seksi Sebab Putus Cinta

Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Ini Jalan Yang Terbaik Buat Kami Berdua’ – Riena Diana & Kekasih Tak Jadi Kahwin Tahun Depan

Pantulan dekat cermin macam Nik Afiq?

Menerusi hantaran video itu, Riena sedang menyanyikan lagu Kehilanganmu Berat Bagiku yang dipopularkan oleh Kangan Band. Namun apa yang menarik perhatian adalah pantulan cermin di dalam video itu seperti wajah bekas teman lelakinya, Nik Afiq.

Perkara tersebut menguatkan lagi tentang status perhubungan pelakon berusia 26 tahun ini bertaut kembali bersama bekas kekasih.

Terdahulu, setelah empat tahun menjalin cinta, teraju drama Kampung People ini telah mengesahkan bahawa dia tak lagi bersama teman lelakinya dan enggan berkongsi punca keretakan hubungan mereka walaupun sudah merancang untuk berkahwin.

Sumber: TikTok Riena Diana

SKIP THIS AD ×