Penampilan seksi pelakon Riena Diana ketika malam ambang tahun baharu telah menimbulkan pelbagai tanggapan dan spekulasi daripada pengguna media sosial.
Artikel Berkaitan: Riena Diana Pakai Seksi Sambut Tahun Baru, Netizen Tanya Kecewa Sebab Putus Cinta Ke?
Bukan kenal diri saya pun
Kesal timbul komen-komen negatif, Riena menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bangga dengan pakaian seksi yang digayakan.
Pelakon berumur 25 tahun itu juga menegaskan langsung tidak ada kaitan dengan kisah putus cintanya dengan bekas teman lelaki, Nik Afiq.
Saya tak pernah cakap yang saya bangga berpakaian sebegitu. Saya juga tak pernah cakap seksi itu azam tahun baharu.
Banyak lagi hal dan isu besar nak dibincangkan dari pemakaian dan kehidupan saya. Tolonglah, anda bukan kenal saya sangat pun.
Jangan memandai-mandai cakap saya putus cinta lepas itu terus seksi. Tidak!
Boleh unfollow
Selain itu, pemilik nama Nur Qamarina Zulreal menyarankan kepada individu yang ‘sakit mata’ dengan pemakaiannya untuk tidak lagi mengikuti akaun media sosialnya.
Jangan pandai-pandai nilai saya. Nak komen boleh tapi jangan sampai menjatuhkan orang dan macam anda bagus sangat.
Kalau tak suka boleh ‘unfollow’ sebab ramai lagi orang yang suka cara saya dan suka tengok saya bukan sebab pakaian.
Dalam pada itu, pelakon yang dikenali sebagai Lailer dalam drama Kampung People ini memilih untuk tidak membaca komen-komen negatif demi kesihatan mental.
Saya tak perlu jelaskan tentang diri saya. Sekarang saya tahu siapa peminat dan lawan. Terima kasih atas kata-kata anda.
Demi kesihatan mental saya, mulai sekarang saya tidak akan membaca semua komen-komen buruk anda.
Sebelum ini, Riena dikecam netizen gara-gara memakai ‘tank top’ berwarna hitam beserta skirt pendek. Imej itu dikatakan terlalu seksi kerana mendedahkan bahagian payudara serta singkat.
Sumber: Instagram @rienadiana_