Anugerah berprestij negara, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kini kembali dengan edisi yang ke-33! Tampil berwajah baharu, ABPBH2020 bakal mengangkat tema #ABPBHKITA2020 selari dengan budaya norma baharu.
Artikel berkaitan: Hasilkan Video TikTok Paling Kreatif Guna Lagu Xiaomi & Menang Hadiah Menarik! #ABPBHKITA2020
ABPBH2020 juga bakal mencipta sejarah industri seni negara apabila buat julung kalinya bakal bersiaran secara langsung menerusi aplikasi video TikTok dan juga siaran langsung melalui TV3, Youtube TV3 Malaysia, Youtube Berita Harian Online juga laman web www.abpbh.com.my.
Kelainan dalam proses undian
Bagi APBBH edisi kali ini, mereka telah menyuntik sedikit kelainan dalam proses undian di mana peminat perlu memilih calon Top 20 yang bakal bersaing dan nasib mereka akan ditentukan pada malam kemuncak APBBH 33. ABPBH juga masih mempertahankan 13 kategori utama di mana selebihnya 5 kategori secara online.
Mengikut permintaan Majlis Kesihatan Negara (MKN) selari dengan norma baharu, ABPBH 33 tampil dengan sedikit kelainan apabila hanya seorang sahaja penyampai anugerah. Bagi pemenang pula mereka akan mengambil sendiri trofi di tengah pentas supaya tidak berlaku sentuhan di antara satu sama lain.
Fan Club dapat anugerah
Selain itu, pihak pengajur juga telah mengadakan pertandingan TikTok bagi penghargaan buat kelab peminat. Mereka perlu membuat video menggunakan aplikasi tersebut khas buat selebriti kegemaran mereka dan letakkan #ABPBHKITA2020. Bagi yang berjaya menghasilkan video TikTok yang paling kreatif akan dinobatkan Anugerah FC FANstatik Popular.
ABPBH ini merupakan anugerah yang paling konsisten diadakan setiap tahun. Ianya bertujuan bagi mengiktiraf penggiat seni tanah air dan mengangkat mereka sebagai paling popular. Jangan lupa saksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 33 menerusi medium yang disediakan pada malam ini tepat jam 9 malam!