berita

‘Circle Bella Astillah Sangat Toksik, Jangan Percaya Orang Sekeliling’

April 25th, 2024 | by Alia
Kini Trending

bella astillah

Industri hiburan kecoh sejak semalam, berikutan seorang wanita yang didakwa ‘kekasih gelap’, kepada pelakon Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine sekali lagi membuat pendedahan tentang hubungan aktor itu dengan aktres, Ruhainies.

Artikel Berkaitan: ‘Aliff Aziz Tunjuk 400 Lebih Bukti Gambar, Video, Tiket Penerbangan Bella & Muaz’ – Caprice

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Chacha Maembong Tak Rapat Dengan Ruhainies, Pelik Nama Kena Petik Isu Bella Astillah – ‘Saya Tak Kacau Tepi Kain Orang’

Nasihat netizen

bella astillah

Susulan itu, rata-rata warganet sudah mula menyerang media sosial mereka dan ada segelintir yang tampil menasihati Bella supaya berjaga-jaga dalam pergaulan sekelilingnya.

Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah itu diberikan kekuatan dalam mengharungi ujian rumah tangga.

Circle Bella sangat tosik ya, Allahuakbar, suami, kawan baik, kawan artis, famili. Macam mana la dia masih boleh kuat macam ni.

Jangan percaya orang sekeliling anda Bella!

Bella..Macam mana la Bella boleh stuck dalam very toxic circle front and back, to the moon and back. Sebenarnya berapa level kesabaran awak ni Bella? Ya Allah. Speechless sangat. Tak dapat bayang beban yang Bella tanggung selama ni. Like everyone is being fake with you, ambil kesempatan, pijak, even BFF pun. Apa ni, Bella hidup macam mana selama ni? Allahuakbar.

Jangan percaya siapa-siapa kecuali ahli keluarga terdekat dan stay strong. Jangan  bercerita dengan kawan-kawan, family sahaja. Kita tidak tahu mana yang toksik mana yang tak. Keep your circle small. Semoga kuat sentiasa untuk anak-anak.

Terdahulu, Sarah mendakwa bahawa dia dan Aliff sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhaines.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Sumber: IG Bella Astillah

SKIP THIS AD ×