berita

‘Kalau Tak Diuji Macam Ni, Mungkin Saya & Awak Kurang Ingat & Berharap Pada Allah’ – Aliff Aziz

April 24th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Nama penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies masih menjadi topik hangat di media sosial susulan pendedahan perbualan WhatsApp yang mengejutkan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Sudah Berjumpa Dengan Sarah Yasmine, Syukur Tambah Bukti Untuk Bawa Ke Mahkamah – ‘Dia Cari Saya Dulu’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Kekasih Kepada Aliff Aziz Sejak Januari 2024’ – Wanita ‘Spill The Tea’, Kongsi Video Cium Pipi

‘Lepas ni awak dah bebas’

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Sarah memuat naik paparan skrin perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies. Dalam perbualan tersebut, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas akui kasihan mengenangkan kembali nasib Aliff 10 tahun lalu.

Saya sebagai orang luar pun saya tak happy dengan apa yang awak kena lalui. Cukup lah, lepas ni awak dah bebas. Tak ada lagi toksik, InsyaAllah.

Dalam pada itu, Aliff akui apa yang berlaku membabitkan dirinya dan Ruhainies adalah satu ujian yang diberikan Allah SWT untuk mereka berdua menjadi insan yang lebih baik selain sentiasa mengingati Yang Maha Esa.

Ini adalah anugerah istimewa, Sebab mungkin kalau tidak diuji macam ni, saya dan awak mungkin kurang ingat dan berharap pada Allah SWT.

Berat ujian, besar lagi ganjaran. InsyaAllah, buat awak dan saya.

Perbualan WhatsApp

SKIP THIS AD ×