‘Coach cerai’ iaitu Mohd Izary Muhammed Ikhbal tampil menjelaskan lanjut ekoran tugasnya yang didakwa sebagai pendorong kepada pasangan untuk bercerai oleh segelintir pihak.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Dipanggil Syaitan Yang Merosakkan Rumah Tangga’ – Coach Cerai

Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Gesa Coach Cerai Perjelas Status Kelayakan – ‘Adakah Dia Bertauliah & Tahu Hukum Agama?’

Tugas coach cerai

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Mohd Izary, 45, meluahkan perasaan kecewa apabila menerima tohmahan dan fitnah daripada ramai orang.

Segala tohmahan dan fitnah terhadap coach cerai adalah sesuatu yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Apa yang saya rasa adalah kebingungan, keliru dan terkejut terhadap tahap kejahilan yang mampu dilakukan oleh orang kita sendiri.

Mengalakkan atau menghasut orang bercerai adalah kerja gila. Dan itu bukan lah kerja seorng coach cerai.

Kalau buat penyelidikan yang betul, mereka akan tahu perkara ini.

Saya tidak sakit hati, malah berasa sedih.

Sementara itu, Mohd Izary memaklumkan bahawa pelakon, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen mendaftar program dibawahnya namun belum sempat untuk memulakan sesi bimbingan ekoran jadual kerja yang padat.

Berkaitan dengan Uqasha, bukan rahsia bahawa dia telah mendaftar dalam program saya. Namun, kerana jadual kerjanya yang padat, dia belum sempat lagi memulakan sesi coaching yang sebenar.

Semenjak bertemu dengan saya dan isteri, Uqasha semakin rapat dengan isteri saya. Kehadiran kami di mahkamah sebagai rakan. Malangnya, media dan netizen telah membesar-besarkan kehadiran saya.

Tiada usaha hubungi saya

Dalam pada itu, Mohd Izary kesal apabila mendakwa dirinya tidak dihubungi pihak terlibat atau diberi peluang untuk memberi penjelasan.

Pihak berkuasa agama bertindak atas aduan terhadap coach cerai dengan kenyataan ringkas dan tidak komited.

Tiada usaha untuk menghubungi saya. Tidakkah mereka ingin menyiasat atau sekurang-kurangnya mendengar dari pihak saya?

Namun, saya juga harus adil dan tidak cepat menilai mereka. Mungkin mereka kekurangan sumber, tenaga kerja atau sistem yang diperlukan untuk menyiasat setiap aduan dengan mendalam.

Selain itu, peguam-peguam syarie turut didakwa terancam dengan kehadiran coach cerai apabila terdapat tanggapan mengenai posisi mereka bakal digantikan.

Betapa tidak yakin diri seseorang untuk berfikir bahawa niat saya untuk menggantikan mereka?

Mereka bertindak seolah-olah tidak berilmu langsung, sangat menyedihkan.

Pada akhir perkongsian, Mohd Izary yakin bahawa kebencian yang dilontarkan kepadanya akan perlahan-lahan menurun sekali gus berpeluang untuk mendidik orang ramai mengenai tugas seorang ‘Coach Cerai’ susulan isu yang tular kini.

Imbas kembali, terma ‘Coach Cerai’ semakin dikenali apabila Mohd Izary tampil dalam satu video bersama seorang selebriti wanita yang berdepan isu rumah tangga.

Coach cerai juga menyorot perhatian pendakwah yang menggesa untuk mendedahkan tentang tentang latar belakang dan keupayaannya dalam menawarkan khidmat nasihat berkenaan perkahwinan dan perceraian.

Sumber: Threads @ceraicoach