
Foto: Tribunnews
Seorang pencipta kandungan terkejut apabila menerima sebuah bungkusan yang mengandungi sebahagian anggota badan haiwan iaitu kepala babi.
Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Kurang Senang ‘Influencer’ & Artis Buat ‘Content’ Tak Bermanfaat – ‘Jaga Tepi Kain Sendiri Sudahlah’
Artikel Berkaitan: Dikecam Susukan Anak Babi, Imran Bard Sifatkan Itu Satu Pengalaman Indah Dalam Hidup
Bungkusan misteri
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Tribunnews, pencipta kandungan yang dikenali sebagai @walikonten di platform Instagram itu memaklumkan bahawa bungkusan tersebut telah dihantar ke kediamannya yang beralamat di Bogor, wilayah Jawa Barat, Indonesia.
Pada awalnya lelaki berkenaan berasa curiga untuk membuka bungkusan itu, namun terkejut selepas mendapati ia berisi kepala haiwan tersebut.
Difahamkan bungkusan yang tertera alamat dan nama pengirim itu ditinggalkan di hadapan rumahnya.
Lelaki berkenaan cuba menghubungi pengirim namun individu tersebut memberitahu bahawa dia tidak pernah menghantar bungkusan itu.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Bogor, Komisioner Aji Riznaldi Nugroho, pihaknya belum menerima laporan daripada pencipta kandungan berkenaan.
Bagaimanapun, pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.
Laporan rasmi belum diterima tetapi kami sedang menyiasat asal usul pengirim bungkusan itu.
Sumber: Trimbunnews