berita

Cristiano Ronaldo Pecah Rekod Individu Pertama Followers Paling Ramai Di IG!

January 30th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Bintang bola sepak terkemuka dunia iaitu Cristiano Ronaldo menjadi individu pertama di dunia memiliki 200 juta pengikut di laman Instagram. Sempena meraikan kejayaan tersebut, pemain Juventus itu turut berkongsi satu video perjalanan kariernya sebagai pemain bola sepak dan ucapan terima kasih buat pengikutnya. Tahniah!

Wow 200 million!

https://www.instagram.com/p/B76UQsQIHSU/

Menurut Cristiano Ronaldo, dia terkejut kerana berjaya memperoleh 200 juta pengikut. Tambahnya, dia gembira dapat berkongsi kisah perjalanannya sebagai seorang pemain bola sepak bersama para peminat.

Kedudukan pengikut paling ramai

Jika dilihat menerusi kedudukan pengikut paling ramai, Instagram menduduki carta pertama dengan 330 juta pengikut. Manakala Cristiano Ronaldo merupakan individu pertama berada di carta kedua. Penyanyi Ariana Grande dan pelakon Dwayne Johnson berada di tangga ketiga dan keempat dengan jumlah pengikut sebanyak 173 juta dan 170 juta.

Sumber: Cristiano Ronaldo

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×