berita

Cuba Larikan Bayi Usia 19 Bulan Dari Seorang Ibu, Dua Lelaki Warga Asing Ditahan Polis

March 26th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seorang wanita yang bergelar ibu berdepan dengan detik cemas apabila bayi perempuannya yang baru berusia 19 bulan cuba dilarikan oleh dua orang warga asing.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Acah-Acah Didera, Rupanya Amah Larikan Diri Bawa Barangan Berharga & Wang Majikan

Cuba bawa lari bayi 19 bulan

Memetik laporan Berita Harian, kejadian yang mencemaskan itu berlaku di sebuah pasar raya yang terletak di Klang pada malam Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, ketika kejadian wanita tersebut menjelaskan bahawa dia sedang menaiki tangga bergerak di pasar raya bersama bersama adik perempuan serta anaknya.

Wanita berkenaan yang sedang memimpin tangan bayinya tiba-tiba didatangi dua lelaki warga negara asing dari arah belakang yang mana salah seorang lelaki itu bertindak mengangkat anaknya.

Wanita berkenaan terus menjerit dan menarik semula anaknya manakala dua lelaki berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditangkap orang awam yang berada di pasar raya itu.

Dua lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis dan kini direman tiga hari bagi siasatan lanjut.

Kes kini akan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan kedua-dua suspek boleh dihukum penjara tujuh tahun serta boleh dikenakan denda.

Terdahulu, tular satu rakaman video yang memaparkan dua lelaki warga asing ditahan oleh orang ramai selepas disyaki cuba menculik seorang kanak-kanak di sebuah pasar raya.

Sumber: Berita Harian, Aplikasi X

SKIP THIS AD ×