berita

Cuba Pecah Masuk Rumah Orang, Perompak Bogel Dicekup Selepas Ilmu Hitam Tidak Menjadi

January 3rd, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang lelaki di Kota Bekasi, Indonesia ditahan penduduk kerana disyaki mahu memecah masuk rumah seorang penduduk kampung.

Artikel Berkaitan: Tiga Pencuri Cuba Larikan Kabel Internet Dibelasah & Dibogel Penduduk Kampung

Keadaan bogel

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Detik News, lelaki itu menjadi tular di Indonesia kerana sedang menguji ilmu hitam dalam keadaan berbogel ketika ditahan penduduk.

Penduduk kampung telah mengikat tangan lelaki itu ke belakang. Malah, penduduk tempatan turut menutup bahagian bawah badan lelaki itu kerana dia tidak memakai pakaian.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Bekasi, Inspektor Arif Fadil, pihak polis menerima laporan daripada penduduk berhubung seorang lelaki sedang melakukan cubaan untuk mencuri.

Seorang lelaki telah ditahan ketika cuba memasuki halaman rumah penduduk tanpa kebenaran dan tidak memakai pakaian.

Polis kemudian membawa lelaki itu ke balai polis Kota Bekasi dan ketika disiasat, suspek disyaki merupakan seorang penghidap gangguan mental (ODGJ).

Kenyataan ibu bapa penjenayah mengatakan penjenayah itu mengalami gangguan mental sejak 2012.

Tambah Arif, kes itu diselesaikan secara baik kerana suspek tidak berniat untuk mencuri dan lelaki itu juga didakwa melakukan perkara yang sama sebanyak tiga kali.

Apabila gangguan mentalnya berulang, dia sering masuk ke rumah orang dan kejadian ini sudah tiga kali berlaku. Tidak ada kerugian yang dialami oleh pemilik rumah.

Sumber: Detik News

SKIP THIS AD ×