berita

CUCKOO International Perkenal Inovasi Terkini Untuk Kehidupan Lebih Sihat & Lee MinHo Sebagai Duta

April 3rd, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Sejak dunia dilanda Covid-19 dua tahun kebelakangan ini, rata-rata kita banyak menghabiskan masa di rumah dan perlu menyesuaikan diri dengan rutin harian berbeza seiring ‘norma baharu’.

Pendek kata, rumah kita tu bukan lagi semata-mata tempat untuk kita tinggal, bekerja dan berehat, tetapi juga asas untuk kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik.

Meneruskan momentum sebagai Healthy Home Creator (Jenama Pencipta Rumah Sihat) untuk rakyat Malaysia, CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International) telah memperkenalkan satu siri penyelesaian inovatif, termasuk penapis air ‘flagship’ serta rangkaian penyaman udaranya yang pertama.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, Encik KC Hoe (Hoe Kian Choon), “Segalanya bermula dengan secawan air minum yang bersih. Hari ini, CUCKOO International telah berkembang menjadi satu jenama isi rumah yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan sihat pelanggan kami. Tatkala tabiat harian dan persekitaran kita berubah, harapan terhadap kesihatan dan kualiti hidup lebih baik tentu akan meningkat.

“Pengumuman hari ini menyerlahkan semangat Beyond Standards kami untuk memenuhi harapan tinggi dan menyediakan tawaran luar biasa kepada rakyat Malaysia. Menerusi inovasi dan kerjasama berterusan kami dengan personaliti legenda ternama, kami merintis jalan untuk mengangkat CUCKOO International sebagai Pencipta Rumah Sihat No. 1 di Asia,” tambahnya. 

Inovasi Beyond Standards untuk mewujudkan kediaman yang lebih sihat

CUCKOO International memacu fokusnya pada kediaman yang sihat menerusi empat tonggak tawaran holistik. Kemajuan terkini dalam empat tonggak Healthy Home tersebut membolehkan pelanggan menerapkan kesihatan ke dalam rumah secara lebih mudah dan bijak.

1. Tonggak Healthy Appliances (Peralatan Rumah)

Tonggak ini terdiri daripada rangkaian penapis air, penapis air luar kediaman, penapis udara, periuk serba guna hob induksi dan peralatan dapur daripada CUCKOO.

2. Tonggak Healthy Living (Kehidupan Sihat)

Menerusi kerjasama strategik dengan pengeluar penghawa dingin tempatan Fujiaire, CUCKOO International telah melancarkan Penyaman Udara Pintar CUCKOO Vita-S Inverter yang boleh didapati bermula April 2022.

Selain itu, CUCKOO juga telah memperkenalkan rangkaian berkualiti tinggi – Tilam CUCKOO A-Series dalam saiz super single melalui kerjasama dengan pengeluar tilam lateks natural terbesar di Malaysia iaitu LSK Napure®.

3. Tonggak Healthy Lifestyle (Penjagaan Kecantikan)

Healthy Lifestyle dengan WonderLab Group yang menerajui jenama WonderLab, WonderDewi dan BeauSiti x WonderLab menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit, kosmetik dan minuman berkhasiat.

4. Tonggak Healthy Home Care (Penjagaan Rumah)

Tonggak terakhir pula menawarkan servis penjagaan dan pembersihan kediaman profesional yang komprehensif, termasuk pembasmian kuman dalaman, serta perkhidmatan pembersihan untuk mesin basuh, peralatan dapur, penghawa dingin dan tilam menerusi WonderKlean.

CUCKOO, membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan bahagia

Lebih meriah, CUCKOO International telah melantik artis Korea Selatan yang popular iaitu Lee MinHo, sebagai duta jenama baharunya. 

Lee MinHo juga akan berganding tangan dengan duta Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, bagi mewakili CUCKOO dan #SAMASAMA memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

Menurut KC Hoe, Lee MinHo dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza benar-benar menzahirkan falsafah Beyond Standards CUCKOO.

“Imej, tenaga dan semangat mereka amat sepadan dengan imej jenama kami yang sihat. Kami sangat teruja untuk memanfaatkan pengaruh positif mereka untuk mendampingi pelanggan kami serta mencapai lebih ramai rakyat Malaysia,” jelasnya.

Siri pengumuman ini muncul susulan prestasi kewangan syarikat yang kukuh pada 2021 walaupun menghadapi persekitaran yang mencabar.

Untuk pengetahuan korang, sejak penubuhannya pada 2014, CUCKOO International berjaya mengekalkan pertumbuhan kukuh untuk tujuh tahun berturut-turut dengan rekod hasil melebihi RM1.13 bilion pada tahun lepas.

Selain dedikasinya terhadap inovasi dan kecemerlangan perkhidmatan, kejayaannya sebahagian besar dipacu oleh model perniagaan berasaskan langganan yang fleksibel. 

Sehingga kini, CUCKOO International telah memperkasa lebih 4.7 juta pengguna isi rumah dengan kehidupan lebih sihat dan bahagia menerusi penyelesaian Healthy Home yang inovatif. CUCKOO juga mempunyai kehadiran kukuh di seluruh negara dengan lebih 640 cawangan dan 14,000 pekerja, termasuk profesional jualan dan pakar perkhidmatan di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi CUCKOO atau kunjungi Facebook dan Instagram mereka. 

SKIP THIS AD ×