berita

Cucu Sumbat Nenek Hidup-Hidup Dalam Peti Sejuk, Simpan Mayat Selama Berbulan-Bulan

April 20th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang lelaki di Georgia, Amerika Syarikat didakwa atas tuduhan membunuh neneknya dengan menyumbat warga emas itu di dalam peti sejuk ketika mangsa masih lagi hidup, kemudian menyembunyikan mayatnya selama berbulan-bulan, lapor akhbar Daily Star.

Mengaku amat sayangkan nenek

 Foto: Fox 5 News

Pegawai penyiasat Polis Daerah Floyd, Brittany Werner berkata, suspek Robert Tincher III, 29 tahun, didakwa membunuh neneknya Doris Cumming, 82 tahun, pada Disember tahun lalu dan menyimpan mayatnya di dalam peti sejuk serta merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan pihak berkuasa.

Suspek memasukkan mangsa ke dalam beg plastik dan dia masih lagi bergerak ketika disumbat ke dalam peti sejuk.

Daripada pengesahan kami, ketika kejadian, suspek percaya mangsa masih bernafas dan bergerak ketika dia dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Selepas beberapa bulan mangsa meninggal dunia, suspek memindahkan peti sejuk itu ke sebuah lokasi lain dengan mayat mangsa masih berada di dalamnya.

Suspek menjelaskan dia enggan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa kerana mempunyai waran tangkap yang dikeluarkan terhadap dirinya berhubung ancaman keganasan yang dibuat terhadap bekas isterinya menerusi akaun media sosial.

Sementara itu, Werner berkata, suspek bagaimanapun mengakui amat sayangkan neneknya.

Suspek berkata bahawa mangsa merupakan satu-satunya ahli keluarga yang memberikan kasih sayang dan perhatian yang dia perlukan.

Biro Siasatan Georgia kini sedang melakukan bedah siasat bagi menentukan punca dan waktu kematian mangsa.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×