berita

‘Cukup Jaja Kisah Kahwin, Utamakan Karier Lakonan’ – Syafiq Kyle

October 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Syafiq Kyle memohon jasa baik semua pihak agar memberikan tumpuan kepada kerjaya seninya berbanding hal peribadi.

Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle & Mimi Lana Rancang Nak Kahwin

Fokus drama

Ketika ditemui OhBulan!, Syafiq, 30, akui kecewa apabila kisah cinta dan perancangan perkahwinan dengan aktres Mimi Lana yang sering ‘dijual’ bukan hasil karya-karyanya.

Namun, pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak enggan menyalahkan mana-mana individu.

Saya cuma nak jelaskan tentang kebimbangan saya. Saya bekerja dari Januari hingga September tanpa henti dan saya ada beberapa promosi drama.

Setiap kali saya hadir untuk promosi, tidak ada satu pun yang memberikan fokus tentang drama saya.

Di sini saya rasa sedikit kecewa tapi tak mengapa, saya rasa tidak perlu lagi untuk dipanjangkan.

Saya tidak salahkan sesiapa cuma nak minta jasa baik semua pihak untuk memberikan lebih fokus juga terhadap promosi dan karya.

Syafiq berkata demikian sejurus usai sesi tayangan dan sidang media drama bersiri One Cent Thief, di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur, pada Selasa.

Bersikap profesional

Dalam pada itu, pelakon filem seram Pusaka berkata, dia perlu bersikap profesional dan harapnya orang sekeliling juga akan berbuat perkara yang sama.

Biarlah ia sampai di situ. Sampai masa yang sesuai, ia akan terjadi juga. Mungkin dah ramai orang dah tahu, cuma tiada kepastian.

Saya perlu bersikap profesional dan saya harap, semua orang juga begitu.

Syafiq kini muncul menerusi drama One Cent Thief yang mengisahkan mengenai pekerja bank bernama Iman Shah menggunakan kemampuannya dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) untuk ‘merompak’ satu sen daripada setiap pelanggan.

Selain Syafiq, drama lapan episod itu juga turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Azira Shafinaz, Faizal Hussein, Amerul Affendi, Sofia Jane, Aghonderan Sahadevan dan Fabian Loo.

One Cent Thief yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar dan pernah menggemparkan Malaysia satu ketika dulu bakal bersiaran bermula Sabtu ini menerusi saluran Astro Ria (104).

Sumber: Instagram @syafiqkylez

SKIP THIS AD ×