berita

‘Cuma Sebab Video Itu Jadi Viral’ – Che Ta Tampil ‘Back-Up’ Lan Pet Pet

April 15th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Seorang pelawak menerima kecaman hebat apabila tersebar sebuah video insiden didakwa membelasah seorang pengawal keselamatan warga emas. Bagaimanapun, pelakon Rozita Che Wan menyifatkan kejadian yang melibatkan adik iparnya itu sengaja diperbesarkan sehingga menjadi fitnah.

 Insiden itu bukan perkara besar

Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta menerusi laporan mStar berkata laman sosial seperti Facebook atau Instagram ibarat dajjal kecil dalam menyebarkan fitnah.

Sebenarnya insiden itu bukan perkara besar. Cuma sebab video itu menjadi viral. Lan pun elok saja buat persembahan dekat Johor sekarang. Instagram, Facebook semua itu ibarat dajjal kecil.

Perkara ini kalau kita tidak tahu hujung pangkal kedua-dua pihak, ia akan jatuh fitnah.

Saya hanya gurau-gurau manja

Bagaimanapun, pelakon ini turut mengulas kenyataan sindirannya terhadap seorang pereka fesyen sebelum ini yang ingin menjadi penyanyi. Tambahnya, dia turut menyifatkan ramai akan salah anggap dengan apa-apa status di media sosial.

Sebelum ini dia pernah perli, artis pun sibuk nak jadi pereka fesyen. Jadi saya dengar dia pula nak jadi penyanyi, saya hanya gurau-gurau manja.

Ayat saya tercekik sudu tidaklah keras sangat. Saya hanya nak buat kelakar saja. Hubungan kami sangat baik, saya siap tempah tiga pasang baju dengan Ezuwan.

Tidak tahulah kalau dibelakang dia mengata saya. Sebenarnya saya suka lagu itu dan video klip dia pun cantik.

Sumber: mStar