berita

‘Dengan Orang Tua Berani Lah! ‘ -Didakwa Pukul Pak Guard, Instagram Lan Pet Pet Kena Serang

April 8th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Viral sebuah video rakaman CCTV seorang lelaki yang dipercayai seorang pelawak popular bertengkar dan menyerang pengawal keselamatan berusia 70 tahun. Mangsa Yahya Manaf menerima kesan lebam di bahagian mata akibat tumbukan yang dilepaskan pelawak tersebut. Bagaimanapun, pelawak berkenaan telah direman pihak polis hari ini.

Susulan dari insiden itu, laman Instagram Lan Pet Pet mula diserang netizen dengan kata-kata kesat.

Rakaman CCTV

Menurut laporan dari mangsa, kereta Proton Perdana yang dipandu artis berkenaan mengekori rapat kereta penduduk dan melulu masuk ke kawasan perumahan tanpa izin. Dia curiga dengan tindakan artis berkenaan dan menunggang motosikal mengekorinya bertujuan memintanya membuat pendaftaran terlebih dulu.

Lan Pet Pet berhenti di depan palang yang ditutup itu. Dia memarahi Yahya Manaf supaya membuka palang dan menendang motosikal pegawal keselamatan itu. Tambahnya, dia cuba memberi penjelasan namun, pelawak itu melepaskan tiga kali tumbukan pada bahagian mukanya.

Orang tua kau nak tibai

Hang ni sampah munafik

Confirm hidup kau tak tenang

SKIP THIS AD ×