berita

Cupcake Aisyah Kembali Aktif Di Youtube, Netizen Tanya ‘Mana Nana?’

March 21st, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nama pempengaruh Cupcake Aisyah, menjadi tumpuan netizen selepas dia kembali aktif melakukan konten di Youtube.

Artikel Berkaitan: Leona Trauma Kawan Baik Bercinta Dengan Ex Boyfriend, Netizen ‘Serang’ Pelakon Baharu, Cupcake Aisyah?

Artikel Berkaitan: Dituduh ‘Sondol’ Bekas Teman Lelaki Leona, Ibu Tampil Pertahan Cupcake Aisyah – ‘Jangan Sampai Merangkak Di Padang Mahsyar’

Tak kawan dengan Nana?

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! rata-rata pengikut Aisyah di media sosial meluahkan rasa gembira apabila wanita berusia 24 tahun itu kembali aktif di media sosial dan Youtube selepas mengambil sedikit masa untuk berehat berikutan kontroversi yang melanda dirinya pada awal tahun ini.

Di sebalik kegembiraan melihat Aisyah kembali aktif melakukan konten, segelintir netizen mula mempersoalkan mengenai hubungan Aisyah dengan sahabat baiknya iaitu Nana.

Menurut dakwaan netizen, Nana sudah lama tidak wujud dalam konten Aisyah bahkan, mereka tidak lagi memuat naik foto bersama di media sosial sejak kebelakangan ini.

Setakat ini, Aisyah dan Nana masih mengikuti (following) antara satu sama lain di Instagram. Hasil tinjauan OhBulan! juga, Nana kelihatan sibuk bersama rakan-rakannya yang lain manakala, Aisyah dilihat selalu bersama keluarga.

Walaupun Aisyah belum memberi penjelasan dan menjawab pertanyaan netizen mengenai hal tersebut, OhBulan! berharap hubungan di antara mereka berdua baik-baik sahaja.

Terdahulu, Aisyah didakwa telah merampas bekas teman lelaki kepada seorang lagi pempengaruh terkenal yang juga merupakan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, iaitu Kasih Iris Leona.

Susulan daripada itu, Aisyah tampil dan menafikan bahawa dia pernah menjalin hubungan istimewa dengan lelaki tersebut.

Sumber: Cupcake Aisyah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×