berita

Leona Trauma Kawan Baik Bercinta Dengan Ex Boyfriend, Netizen ‘Serang’ Pelakon Baharu, Cupcake Aisyah?

January 7th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Semalam, anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila dia mendedahkan kawan baiknya sendiri bercinta dengan bekas kekasihnya selepas mereka berpisah.

Artikel Berkaitan: ‘Badan Saya Kelihatan Seperti Mak Kepada 5 Orang Anak?’- Leona

‘Trauma 2023’

Menerusi hantaran di TikTok, Leona membuat satu video seakan-akan menggambarkan hatinya retak setelah mendapat tahu tentang kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Leona turut mendedahkan perkara itu telah menyebabkan dirinya trauma untuk bercinta dan mempercayai kawan baiknya sendiri.

Walau bagaimanapun, Leona menyatakan dia sudah melupakan tentang kejadian tersebut dan boleh bergurau tentangnya sekarang.

Trauma 2023 saya. Saya sudah melupakannya jadi jangan risau saya boleh bergurau tentangnya sekarang.

Malah, Leona turut mendedahkan dia sanggup pulang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mengesahkan mengenai hal tersebut.

‘Sumpah lah Aisyah’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memetik nama pelakon personaliti media sosial & pelakon baharu, Cupcake Aisyah.

Malah, Aisyah didakwa menjadi individu yang dimaksudkan Leona selepas mereka menonton video ‘vlog’ dimana bekas teman lelaki Leona datang ke rumah Aisyah tanpa pengetahuannya.

Video

@leonsmeonss

my 2023 trauma ????? i am over it tho so dont worry i can joke about it now ?

? Originalton – ?

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×