berita

‘Curang Adalah Pilihan, Bukan Kesalahan’

September 28th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Sebelum ini, desas desus mengenai keretakan rumah tangga Syamsul Yusof dan isteri mula tersebar apabila Puteri Sarah Liyana dipercayai hadir di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, baru-baru ini. Namun, kedua-dua mereka enggan mengulas lebih lanjut mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

Artikel berkaitan: ‘Memang Banyak Syaitan’ – Respon Puteri Sarah Bila Peminat Mohon Pertahankan Rumah Tangga

Terbaru, Puteri Sarah dilihat memuat naik beberapa ‘kata-kata’ di Instagram story yang berhubung isu ‘curang’.

Curang adalah pilihan

Antara ‘kata-kata’ yang dimuat naik oleh Puteri Sarah ialah, curang merupakan pilihan diri sendiri dan ianya bukan kesalahan. Di samping itu, dia turut memuat naik ‘kata-kata’ mengenai seseorang yang curang perlu bekerja keras kerana mereka perlu memadam semua mesej, berfikir ayat untuk menipu dan sentiasa ‘lock phone’.

Doakan yang baik-baik

Terdahulu, Puteri Sarah dipercayai ‘unfollow’ akaun Instagram suaminya. Syamsul Yusof turut memberitahu yang dirinya enggan memberi sebarang komen mengenai hal rumah tangga mereka.

Puteri Sarah Puteri turut menerima beberapa kiriman mesej daripada peminat yang menginginkan mereka mempertahankan rumah tangga yang dibina.

Sumber: Puteri Sarah Liyana

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×