Desas desus mengenai keretakan rumah tangga Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana mula tersebar apabila mereka dipercayai hadir di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, baru-baru ini.
Artikel berkaitan: ‘Saya Doakan Yang Terbaik Buat Syamsul, Puteri Sarah’ – Yusof Haslam
Terbaru, Puteri Sarah memberitahu dia menerima kiriman mesej daripada peminat yang menginginkan mereka mempertahankan rumah tangga yang dibina.
Harap dapat pertahankan rumah tangga
Menurut kiriman tersebut, dia meminta Puteri Sarah dan Syamsul mendapatkan nasihat daripada orang-orang yang positif dan bersabar menghadapi dugaan dalam rumah tangga. Tambah peminat itu, dia suka melihat keluarga selebriti tersebut bahagia. Jelasnya lagi, ujian rumah tangga memang besar sebab syaitan tidak suka bila tengok manusia berkasih sayang dengan halal kerana Allah. Puteri Sarah telah membalas kiriman tersebut dan meninggalkan ucapan terima kasih buat peminatnya itu.
Doakan yang baik
Terdahulu, Puteri Sarah dipercayai hadir di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Namun, tiada sebarang kenyataan yang telah dikeluarkan olehnya. Sarah juga dipercayai ‘unfollow’ akaun Instagram suaminya. Syamsul Yusof turut memberitahu yang dirinya enggan memberi sebarang komen mengenai hal rumah tangga mereka.
Sumber: Astro Gempak