berita

Curang Dengan 6 Lelaki Sampai Kantoi Tidur Sebantal, Akhirnya Terbongkar Kekasih Rupanya Dah Bersuami

June 20th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Isu curang dalam rumah tangga bukanlah perkara baharu lagi malah banyak hubungan yang terlerai disebabkan kehadiran orang ketiga.

Baru-baru ini, seorang lelaki membongkarkan perbuatan teman wanitanya yang dipercayai telah berlaku curang dengan beberapa lelaki.

Kekasih kantoi curang

Menerusi rakaman yang dikongsikan, si isteri dilihat menangis saat perbuatannya itu terbongkar. Bercerita dengan lebih lanjut, lelaki ini mendakwa bahawa teman wanitanya itu sudah berkali-kali kantoi bermain kayu tiga di belakangnya sejak dari tahun 2021 lagi.

Tahun 2021 bulan Julai pertama kali dia kantoi curang dan berjalan dengan seorang ustaz, saya masih maafkan. Kali kedua iaitu Disember 2021, dia mesej dengan bekas suaminya panggil sayang. Kali ketiga tahun 2022, bulan April dia pergi apartment dengan pemandu. Tetap juga saya maafkan.

Tidak terhenti di situ, wanita ini dipercayai berterusan berlaku curang dengan lelaki yang berbeza termasuklah menjalinkan hubungan dengan rakan teman lelakinya itu. Lebih meruntun hati apabila lelaki ini mendapat tahu bahawa teman wanitanya itu sebenarnya sudah bernikah dengan lelaki lain (pemandu) pada Mac 2023.

Dia kemudian minta bantuan saya untuk lepaskan dia dari suami (pemandu) itu dan saya tolong. Kami kemudian berbaik, tetapi seminggu kemudian, dia lagi sekali buat hal dan ditangkap tidur dengan seorang lelaki di rumah sewanya.

Sudah tidak tahan beberapa kali dicurangi, lelaki ini akhirnya membuat keputusan untuk mengundur diri dan melepaskan wanita tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan wanita terbabit yang dianggap langsung tidak menghargai orang yang menyayanginya meskipun sudah diberi peluang berkali-kali. Mereka turut berharap agar lelaki ini akan bertemu dengan wanita yang lebih menghargainya.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×