berita

‘Curang Ialah Pilihan, Kesetiaan Merupakan Tanggungjawab’ – Farid Kamil

May 2nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Konflik rumah tangga pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle semakin berpanjangan selepas kedua-dua pasangan itu dilihat seakan saling berbalas hantaran di media sosial masing-masing.

Artikel Berkaitan: ‘Rasa Cinta Sudah Pudar, Awak Tak Cukup Kenal Saya’ – Diana Dianelle

Curang Satu Pilihan

Terbaru, satu hantaran dimuat naik Farid Kamil menerusi Instagram Storynya mengenai ciapan berkenaan dengan curang menarik perhatian warganet.

Menerusi hantaran tersebut, Farid berkongsi ciapan yang menyifatkan perbuatan curang itu merupakan satu tindakan yang dipilih oleh individu itu sendiri dan bukanlah satu perbuatan yang tidak disengajakan.

Bukan itu sahaja, ciapan itu juga menyifatkan kesetiaan itu sebagai satu tanggungjawab dan bukanlah pilihan untuk seseorang individu itu.

Walau bagaimanapun, Farid tidak mendedahkan serta memberi bayang kepada siapakah ditujukan ciapan kata-kata tersebut.

Semalam, isteri kepada Farid, Diana tampil memuat naik satu hantaran di Instagram Story yang menyifatkan Farid tidak mengenali dirinya selepas melemparkan dakwaan dirinya curang.

Bukan itu sahaja, Diana juga mendedahkan bahawa perasaan cinta terhadap suaminya itu juga sudah mula pudar dan luntur.

Untuk info, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid Kamil pada 20 Mac lalu.

Pelakon filem Imaginur itu membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka serta difahamkan sudah tidak sebumbung.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut.

Pada 24 Mac lalu pula, Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam membenarkan permohonan Diana Danielle secara ex-parte berhubung hak penjagaan hadanah interim (sementara) bagi dua anak mereka sehingga 30 Mei depan.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada November 2012 lalu dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, serta Aurora, 8.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×