Rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle terus menerus menjadi tumpuan orang ramai.
Artikel Berkaitan: Farid Kamil Dakwa Orang Ketiga Punca Keretakan Rumah Tangga Dengan Diana Danielle
Tak cukup kenal isteri
Terbaru, menerusi Instagram Story, Diana menyifatkan Farid tidak mengenali dirinya secara peribadi meskipun usia perkahwinan mereka sudah memasuki 11 tahun.
Ini susulan dakwaan aktor berumur 42 tahun yang mengatakan wujud orang ketiga dalam rumah tangga.
Jika awak fikir sejenak yang saya ada orang lain, itu adalah bukti asas awak tidak mengenali saya dengan baik.
Cinta dah pudar
Dalam pada itu, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson juga menekankan perasaan cinta terhadap suaminya sudah luntur.
Pelakon filem Imaginur enggan lagi menanggung kesakitan serta membiarkan orang lain menghancurkan hatinya.
Selepas rasa cinta terhadap awak sudah pudar, hati saya tidak boleh lagi menanggung untuk membiarkan orang lain menghancurkannya.
Pada 20 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid Kamil.
Pelakon berumur 33 tahun itu membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, pasangan itu difahamkan tidak lagi tinggal serumah.
Pada 24 Mac lalu pula, Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam membenarkan permohonan Diana Danielle secara ex-parte berhubung hak penjagaan hadanah interim (sementara) bagi dua anak mereka sehingga 30 Mei depan.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, serta Aurora, 8.
Sumber: Instagram