berita

Curang Punya Pasal, Isteri & Ibu Rancang Culik ‘Penyondol’

February 8th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga serta berang dengan perangai suami menyebabkan seorang wanita dan ibunya merancang untuk menculik kekasih warga asing itu.

Artikel Berkaitan: Aktres ‘Penyondol’ Hasut Suami Rampas Harta & Ceraikan Isteri Pertama?

Artikel Berkaitan:[VIDEO] ‘Bagaimana Rasanya Merosakkan Sebuah Keluarga Besar Yang Bahagia?’ – Anak Zainal Abidin

Mahu pisahkan hubungan suami dengan kekasih gelap

Gambar sekadar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, mangsa berusia 26 tahun diculik oleh ibu dan anak serta seorang lelaki kerana suspek sedang berhadapan dengan masalah keretakan hubungan bersama suaminya.

Motif kejadian adalah berpunca daripada masalah rumah tangga. Perancang utama dalam kejadian ini adalah ibu dan isteri yang hendak memisahkan hubungan intim antara pengadu dan mangsa.

Pihak polis mendedahkan bahawa ketika kejadian, lelaki itu (suami/pengadu) meninggalkan wanita berkenaan (mangsa) bersendirian di dalam kereta dengan pintu yang tidak berkunci.

Tiba-tiba, lelaki tersebut dimaklumkan oleh saksi bahawa keretanya telah dibawa lari oleh satu lelaki tidak dikenali dan menuju ke jalan besar menghala ke Gombak.

Mangsa berjaya diselamatkan

Gambar sekadar hiasan

Pihak polis kemudian berjaya memberkas suspek di lokasi berasingan dan menemukan mangsa di Bandar Dataran Segar, Port Dickson.
Ketika diselamatkan mangsa cedera ringan di hidung, muka, kepala dan badan. Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.
Beberapa telefon bimbit milik suspek serta kereta digunakannya turut dirampas.
Ketiga-tiga suspek telah ditahan reman bagi siasatan kes dan kes disiasat di bawah Seksyen 362 Kanun Keseksaan.
Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×