berita

Curiga Lihat Gelagat Pelik Lelaki Rakam Video, Bila Minta Phone… Penuh Video Perempuan Jogging!

August 28th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Gangguan seksual sering terjadi di mana-mana sahaja tanpa kita sedari. Bukan saja sentuhan fizikal, tetapi ada juga dari segi rakaman video tanpa disedari oleh kaum wanita. Memang tak selamat!

Seorang pengguna Twitter, Izzati berkongsi detik cemas berdepan gangguan seksual oleh pekerja taman rekreasi ketika sedang jogging bersama rakannya.

Entah apa dia nak buat dengan video tu..

Curiga dengan tindakan seorang lelaki yang dilihat sedang merakam sesuatu, Izzati bersama rakan-rakan memberanikan diri meminta telefon pekerja lelaki berkenaan untuk diperiksa. Pada awalnya, pekerja lelaki berkenaan enggan memberi kerjasama namun selepas diugut, dia bagaimanapun akur dan memberikan telefon bimbit itu.

‘Wey ada orang record

Sekumpulan gadis ini segera memeriksa bahagian geleri foto dan gagal menemui sebarang video. Namun, salah seorang daripada mereka tergerak hati untuk melihat pada bahagian gambar atau video yang baru sahaja dipadam.

Ternyata lelaki itu mengambil kesempatan merakam video para wanita yang sedang jogging di kawasan taman rekreasi.

Dah kantoi, baru nak minta maaf

Selepas didapati dirinya bersalah dengan merakam video pengunjung wanita di taman rekreasi tersebut, dia mula meminta maaf dan minta untuk beredar. Tindakan lelaki berkenaan membuatkan sekumpulan gadis ini bengang ditambah lagi apabila melihat visual tersebut di zoom pada bahagian punggung wanita.

Sumber: Izzati

SKIP THIS AD ×