Tindakan seorang murid tahun satu memakai jaket di dalam kelas di sebuah kelas jenis kebangsaan mengundang curiga seorang guru yang akhirnya menemui banyak kesan kecederaan pada tubuh dipercayai didera.
Artikel Berkaitan: Lelaki Cekik, Pukul Anak Tiri Sampai Lebam Dah Ditahan Polis
Artikel Berkaitan: Berebut Harta Pusaka Peninggalan Bapa, Abang Tikam Adik Sampai Mati
Memakai jaket di dalam kelas
Laporan terus dilakukan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan seterusnya laporan dibuat di Balai Polis Sungai Petani pada pukul 8 pagi semalam.
Susulan itu, bapa kandung mangsa telah ditahan polis dan kini direman selama enam hari bermula pada hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata guru sekolah berkenaan pada mulanya melihat ada kesan merah di bahagian muka.
Dia kemudian membuat pemeriksaan terhadap mangsa dan terdapat kesan calar di seluruh badan, bengkak di siku, luka di bahagian telinga sebelah kiri dan terdapat kesan lebam-lebam serta bibir terkoyak disyaki akibat dipukul.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan doktor mengesahkan kesan luka pada badan berpunca daripada penderaan yang dialami. Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam wad Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) semalam untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kini mangsa telah dijaga oleh ibu kandungnya.
Sumber: Kosmo