berita

Cuti Raya Datang Lagi – Ini Antara Aktiviti Yang Best Sempena Cuti Sekolah. BoBoiboy Dan Didi & Friends Pun Ada Tau!

May 21st, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Cuti sekolah kembali lagi! Inilah masa yang tepat untuk korang spend time dengan anak-anak dan keluarga tau. Sempena perayaan Aidilfitri ni, mesti ramai yang excited nak balik kampung kan. Eei bestnya!

Tapi, bagi korang yang beraya di perantauan janganlah sedih ye. Mesti korang belum ada plan nak pergi mana kan cuti ni? Untuk ceriakan hari cuti korang tu, apa kata korang datang dan semarakkan sambutan Minangkabau Raya yang bakal diadakan di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan. Ada macam-macam aktiviti menarik menanti korang tau!

Jangan lepaskan peluang untuk ‘Meet & Greet’ Didi & Friends dan BoBoiboy tau. Sure meriah!

 

Untuk pengetahuan korang, BoBoiboy dan Didi & Friends akan berada di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan bagi sesi bersama peminat pada raya nanti. Aish, ini confirm seronok kalau bawak kanak-kanak sekali ni kan. Jom beramai-ramai ajak family dan rakan-rakan untuk jumpa mereka. BoBoiboy dan Didi & Friends akan berjalan sekitar korang tau. Boleh lah korang say Hi dekat mereka nantiWuhuu, bestnya!

Syoknya! Pelbagai aktiviti disediakan untuk semua peringkat umur

Istimewanya di event Minangkabau Raya ni, mereka adakan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur tau. Tidak kira tua atau muda, korang boleh join aktiviti ini. Semua aktiviti ini dibahagikan kepada dua hari iaitu pada 8 Jun dan 9 Jun 2019.

Ini antara aktiviti pada 8 Jun 2019, memang seronok wei! Ada permainan BoBoiboy Giant Puzzle, persembahan Tambua Tansa, persembahan Tarian Piring, dan persembahan Tarian lilin

Bukan itu saja, korang jugak boleh customize setem, join workshop melukis batik, bermain permainan congkak, cabaran giant jengga, pertanding bantal di atas kepala, persembahan caklempong dan banyak lagi. Kalau macam ni lah aktiviti yang ada di event Minangkabau Raya ni, sure kanak-kanak seronok. Eh bukan kanak-kanak je. Ibu, ayah, kakak dan abang pun enjoy sekali!

Semua dekorasi menggunakan konsep Minangkabau!

Korang juga boleh tengok keunikan rumah yang telah dihias cantik ni tau. Dekorasi ini diinspirasikan dari konsep Minangkabau okay. Memang lain daripada yang lain wei. Confirm jadi tempat insta-worthy lah kat sini.

Cat Fashion Show pun ada guys!

Haa.. memang menarik Cat Fashion Show ni guys tau. Korang boleh tengok pelbagai kucing yang ada kat sini. Peminat tegar kucing memang wajib datang ke event Minangkabau Raya ni okay.

Kalau korang nak tahu di Cat Fashion Show ni ada pelbagai spesis dan jenis kucing yang akan dipamerkan di Minangkabau Raya. Memang semuanya cute belaka weh. Jangan lupa datang dan tengok Cat Fashion Show pada 9 Jun 2019 tau.

Jom ke event Minangkabau Raya. Mesti seronok wei!

Jangan lepaskan peluang untuk sertai aktiviti di sini dan jom meriahkan sambutan Minangkabau Raya ni yang bertempat di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan. Masuk adalah PERCUMA.

Jangan lupa tetapkan tarikh untuk join event ini. Confirm korang enjoy. Hehe!

Tema : MINANGKABAU RAYA
Tarikh : 8 Jun & 9 Jun 2019
Masa :  3 petang hingga 10 malam
Tempat :  d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan

Untuk sebarang informasi terkini, korang boleh klik link di bawah :

Website: www.sendayan.com.my

Facebook: Matrix Concepts

Diadakan oleh: Matrix Concepts Holdings Berhad

No telefon: 1800 88 2688

Selamat Hari Raya dan jumpa korang di Minangkabau Raya okay!

SKIP THIS AD ×