Semalam, dilaporkan seorang lagi ahli kumpulan Dadali Band iaitu Rix telah meninggal dunia disebabkan positif Covid-19. Dadali Band telah kehilangan dua ahli kumpulan termasuk Rix dan Yuda seorang gitaris yang menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Khamis minggu lalu.
Artikel berkaitan: 2 Ahli Dadali Band Meninggal Dunia Sebab Covid-19
Kehilangan Allahyarham Rix dan Yuda itu sememangnya memberi kesan kepada Dadali Band yang kini masih mempunyai tiga ahli termasuk vokalis Dyrga, gitaris Rickarjd dan pemain bass Fadel. Mereka bagaimanapun akan terus kuat dan meneruskan perjuangan dalam industri musik.
‘Akan jadi video klip yang sangat mahal’
Foto: Tribun News
Vokalis Dyrga telah memuat naik video posting di laman Instagramnya dengan meluahkan rasa sedih akan pemergian dua anggota Dadali Band dalam masa seminggu. Difahamkan juga Dadali Band sempat menjalani penggambaran musik video lagu baharu mereka sebelum dua anggota kumpulan itu dijangkiti Covid-19 dan meninggal dunia.
Kami diucapkan ucapan minta maaf sedalam-dalamnya supaya diampunkan kesalahan almarhum yang salah, yang disengaja dan tidak disengaja. Saya tidak menyangka kehilangan dua orang terus dalam masa yang dekat.
Saya akan sepenuhnya akan kembali Dadali Band. Saya minta dokongan semua dari teman-teman. Video klip yang kita buat itu akan menjadi video klip yang sangat mahal harganya kerana memang harus dibayar dengan nyawa. Mudah-mudahan lagunya bisa diterima semua teman-teman.
‘Ini bagaikan mimpi’
View this post on Instagram
Tambah Dyrga lagi, dia bersama gitaris Rickarjd dan pemain bass Fadel akan kembali semula ke dunia muzik setelah keadaan pulih seperti dahulu kala. Di akhir video ini, Dyrga sempat mengingatkan orang ramai mengenai wabak Covid-19 yang perlu dipandang serius oleh rakyat kerana ianya mampu mengancam nyawa tanpa kita sedari.
Saya akan fokus kembali kepada dunia muzik, tiada lagi yang lain. Semuanya tentang muzik. Mudah-mudahan lagunya itu dapat sambutan di pasaran. Covid Delta ini bukan gurauan ye. Saya sampai kena ruam-ruam merah di leher.
Sumber: Dyrga Dadali