
Anak kepada pelakon, Nora Danish iaitu Putra Rayqal Ramli mendedahkan bapanya, Datuk Rizal Ashram Ramli memiliki personaliti yang garang.
Artikel Berkaitan: Boss Ned Persoal Bisnes ‘Slow’, Nora Danish Tampil Jawab Ringkas – ‘Buang Dunia & Fokus Akhirat’
Artikel Berkaitan: ‘Duit Raya Adalah Tanda Berkongsi Kegembiraan, Yang Penting Niat Untuk Bahagiakan Mereka’ – Nora Danish
Garang

Menerusi potongan klip siaran langsung di Instagram, Rayqal menyifatkan bapanya sebagai lebih garang berbanding ibunya.
Malah, Rayqal sempat seloroh mengatakan sikap garang Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai hanya muncul apabila emosinya terganggu.
Daddy (nama panggilan Jejai) garang. Dia garang bila bad mood. Kalau tak bad mood dia okay saja.
Mummy (nama panggilan Nora) garang bila dia perlu saja. Kalau tak, dia okay.
Rayqal menjawab pertanyaan itu apabila seorang individu bertanya kepadanya siapakah yang lebih tegas antara ibu dan bapanya.
Pada masa yang sama, Nora sempat mencelah dan bergurau dengan mengatakan bekas suaminya sentiasa mempunyai emosi yang tidak menentu.
Kalau macam tu daddy 80 peratus bad mood.
Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Jejai pada 2006 dan bercerai dua tahun kemudian. Mereka dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal Ramli.
Pada 30 Mac 2017, Nora berkahwin kali kedua dengan Nedim Nazri Aziz atau Boss Ned, namun mereka bercerai pada Julai 2024 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl Nedim.
Sumber: Instagram








