
Pelakon dan penyanyi, Dafi berkongsi pengalaman apabila pernah menjadi mangsa ‘body shaming’ ketika di zaman persekolahan pada suatu ketika dahulu.
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Kita Rasa Rezeki Tu Sedikit Tapi Banyak Untuk Orang Lain’ – Dafi Tegur Artis Perlekeh Bayaran Rendah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dafi Nafi Hidap Kanser Darah, Minta Doakan Kesihatan
Dafi pernah kena ‘body shaming’

Ketika ditemui OhBulan!, Dafi atau nama lengkapnya Gadaffi Ismail Sabri, 37, mengakui dia masih mempunyai ketakutan untuk menimbang berat sendiri memandangkan pernah dihina hanya kerana memiliki saiz tubuh badan yang agak berisi.
Sebab saya pernah berbadan besar dahulu jadi saya ada fobia naik timbang. Saya tak tahu berapa berat badan saya. Saya tengok pada saiz seluar sahaja.
Saya pernah mencecah 97 kilogram (kg). Disebabkan berbadan besar, saya pernah kena ‘body shaming’. Bila balik rumah, saya nangis dalam bilik air.
Pengalaman itu membuatkan saya paranoid sampai sekarang.
Dafi berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran drama BF Green Flag yang berlangsung di Studio Village, baru-baru ini.
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu Bila Terasa Rindu ini mengaku pernah memilih jalan drastik untuk menurunkan berat badan.
Dulu, saya pernah mencampurkan 10 biji pelbagai jenis pil kurus untuk turunkan berat badan. Kemudian saya sedar yang tindakan itu membahayakan saya.
Saya juga pernah mengawal pemakanan sampaikan saya tak sedar yang berat saya menurun secara tidak sihat.
Ditanya mengenai dakwaan perubahan fizikalnya yang semakin kurus berpunca daripada penggunaan dadah atau bahan terlarang, Dafi menafikan perkara tersebut.
Apabila baca komen, saya tengok ramai yang merisaukan keadaan saya.
Saya tak marah pun sebaliknya, hargai. Saya berterima kasih kepada netizen yang bercakap sebab waktu itu saya tak sedar sudah terlebih kurus.
Terima kasih kerana tegur saya supaya saya boleh perbaiki diri jadi lebih baik.








