Foto: Buletin TV3
Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dakwaan melacurkan isterinya sendiri.
Artikel Berkaitan: Suami Jual Isteri, Peroleh Hampir RM3k Sebulan – ‘Saya Sakit Hati Tengok Dia Lakukan Hubungan Intim Tapi..’
Mengaku tidak bersalah
Foto: Buletin TV3
Memetik laporan Buletin TV3, tertuduh yang berusia 35 tahun itu didakwa memperdagangkan isterinya yang berusia 33 tahun bagi tujuan eksploitasi seks.
Kesalahan itu dipercayai dilakukan tertuduh pada 1 Mei 2023 yang lalu di sebuah hotel di Kuala Terengganu.
Walau bagaimanapun, tertuduh yang berusia 35 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Noriah Osman.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, tertuduh bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun dan sebatan serta boleh didenda.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh untuk diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dengan 15 Jun depan menjadi tarikh baru bagi sebutan semula kes.
Sumber: Buletin TV3