Pada minggu lalu, anak sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid jatuh tersembam ketika bermain skuter lalu terpaksa menerima beberapa jahitan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Sulung Siti Nurhaliza Jatuh Masa Main Skuter, Selamat Jalani Pembedahan
Artikel Berkaitan: #AJL37: ‘Marsha Milan, Ernie Zakri Dan Aina Abdul’ – Siti Nurhaliza Buat Ramalan Untuk Vokal Terbaik
Datuk K dah pesan
Ekoran itu, rata-rata peminat bertanya respon suami Siti iaitu Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan Datuk K.
Menerusi siaran langsung di Instagram (IG), Siti Nurhaliza yang mesra disapa Tokti mendedahkan dia telah dimarahi Datuk K kerana membenarkan anak bermain skuter tanpa memakai alat pelindung keselamatan.
Sebelum Aafiyah main, dua hari sebelum tu dia (Datuk K) dah pesan jangan bagi anak main. Tak ada safety tu, tak pakai topi keledar.
Tokti menjelaskan skuter itu sudah lama dibeli malah ini bukan kali pertama dinasihati oleh suaminya untuk tidak membenarkan anak-anak mereka bermain dengan skuter itu namun dia tidak menghiraukan.
Sehinggalah pada hari kejadian, pelantun lagu Purnama Merindu terdengar anak perempuannya meraung dan menangis ketika sedang bersiap-siap untuk menghadiri acara. Tidak menunggu lama, Tokti bergegas turun untuk melihat anaknya itu.
Saya turun tengok dagu dia, yang ini mesti kena jahit ni sebab dalam. Nasib baik tak panik tengok darah.
Datuk K yang turut berada di situ terus menegurnya kerana dia sudah melarang namun tidak diambil tindakan. Kata Tokti, dia hanya mendiamkan diri kerana sedar dengan kesilapan tersebut.
Selepas kejadian itu, dia terus membuang skuter tersebut kerana bimbang kejadian yang sama akan berulang pada anak lelakinya, Muhammad Afwa yang berusia hampir dua tahun.
Sumber: Instagram Siti Nurhaliza