berita

Dah Bagi Bantuan Makanan, Boleh Pula ‘Demand’ – ‘Asyik Lauk Yang Sama Je…’

December 27th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Musibah banjir yang berlaku di beberapa buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, dan Kelantan menyebabkan mangsa mengalami kerugian yang tinggi dan perlu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga waktu kembali reda.

Menerusi pemerhatian di media sosial, rakyat Malaysia dilihat tanpa putus memberikan pelbagai jenis bantuan kepada mereka yang terkesan dan ramai yang turut serta menjadi sukarelawan dalam membersihkan rumah-rumah terkesan dek bencana tersebut.

Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Kira, Bukan Kedai Ni Free Ke?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Geleng Kepala Lihat Aksi Satu Keluarga Ini ‘Borong’ Bekalan Makanan Percuma

Artikel Berkaitan: Agak-Agaklah Nak Ambil Pun Sampai ‘Lincin’

Mangsa banjir ‘demand’

Namun begitu, seorang gadis dikenali sebagai Nasuha yang merupakan antara sukarelawan yang aktif membantu mangsa-mangsa banjir dengan menyediakan bekalan makanan meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir mangsa banjir yang menginap di PPS.

Masak untuk mangsa banjir dekat pusat pemindahan sementara (PPS). Masak dalam keadaan tiada elektrik dan air sepanjang 6 hari. Tapi apa yang aku dapat?

Menerusi video pendek dikongsi, mangsa-mangsa banjir dikatakan tidak bersyukur dengan bungkusan makanan yang diberikan malahan, mereka sempat mengadu berikutan mendapat lauk yang sama setiap hari.

Ujar gadis ini lagi, dia kesian dengan nasib yang menimpa mereka bagaimanapun, dia juga mengalami kesusahan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah berikutan keadaan yang banjir.

Mangsa banjir yang asyik complain (mengadu), tak bersyukur. Kesian memang kesian. Tapi kalau dah complain asyik lauk yang sama lah apa. Sapa ja tak marah kan. Banjir-banjir macam ini macam mana nak dapat stok barang.

Ini pun pakai masak je apa yang ada dekat rumah. Nak kena tunggu helikopter turunkan barang lagi bukannya senang. Tapi rasa syukur sikit pun tiada.

Video penuh:

@khaleeda_nasuhaNk aku spill the tea mcm mne prangai sesetengah mangsa banjir kt sini #fyp #fyp? #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #viral #banjir #banjir2021? Roman Picisan Cover Version – Chas Graveur

Respon netizen

Sumber: Nasuha

SKIP THIS AD ×