Foto: Tangkap layar video
Aksi tiga individu yang mengambil bekalan makanan secara berlebihan di sebuah food bank atau tempat makanan secara percuma menerima kecaman yang hebat daripada netizen. Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan mereka yang disifatkan sebagai mementingkan diri sendiri dalam mengambil bantuan yang ada.
Artikel Berkaitan: Agak-Agaklah Nak Ambil Pun Sampai ‘Lincin’
Terbaru, tular pula video aksi satu keluarga yang datang untuk mengambil bekalan makanan menerusi satu food bank yang disediakan di sebuah stesen minyak di Petaling Jaya.
Satu keluarga datang
View this post on Instagram
Menerusi video pendek tersebut, pada mulanya memaparkan seorang wanita yang mengambil stok bekalan makanan yang diletakkan di atas sebuah rak sebelum datang empat individu dipercayai ahli keluarganya yang menaiki kereta yang sama. Bagaimanapun, empat individu tersebut juga turut berbuat perkara yang sama sebelum mereka beredar menaiki sebuah kereta berwarna merah.
Penganjur food bank di sebuah stesen minyak di Petaling Jaya terkilan satu keluarga sapu licin makanan yang disediakan.
Ujar pemilik video tersebut, pemilik food bank itu berasa terkilan atas tindakan keluarga itu yang menghabiskan bekalan yang ada. Namun, ada yang beranggapan barangkali mereka tinggal berasingan dan cuma datang sekali menaiki satu kereta.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan respon berhubung video tersebut. Pada masa yang sama, mereka turut mempersoalkan bagaimana keluarga ini boleh menaiki kereta sehingga lima orang dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Sumber: Lima belas minit