berita

Dah Bekerjasama Dengan Polis, Influencer Nafi ‘Ajak’ Artis Bergambar Di Luar Dewan

May 7th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, penyanyi rap iaitu Caprice mendakwa seorang ‘influencer’ dan ahli perniagaan tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa susulan beberapa foto tular tidak menjaga SOP ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di sebuah hotel. Caprice juga telah meminta influencer berkenaan untuk memberi keterangan dan memohon maaf secara umum khususnya buat rakan artis dan anak yatim yang terlibat.

Artikel berkaitan: ‘Pandai Berak, Pandai Cuci’ – Dakwa Instafamous Tak Beri Kerjasama, Caprice Bakal Saman

Artikel berkaitan: Majlis Buka Puasa Langgar SOP Instafamous, Artis Bakal Disiasat

Terbaharu, influencer tersebut menerusi laman Instagramnya menjelaskan perkara sebenar dan mengakui sudahpun memohon maaf secara terbuka di akaun Twitter pada 30 April lalu. Malah, dia telah berjumpa dengan pihak polis untuk memberi keterangan.

Dah beri keterangan

Influencer dan ahli perniagaan ini difahamkan telah tampil memohon maaf susulan penularan beberapa foto didakwa tidak mengamalkan SOP ketika berada di majlis berbuka puasa, tempoh hari. Malah, influencer ini mendedahkan dia sudah menghubungi Caprice dan memaklumkan perkembangan kes tersebut.

Nurin dah keluarkan statement minta maaf di Twitter pada 30 April 2021 about gambar yang viral. Sebab tak nak panjangkan isu ini lagi, jadi Nurin diamkan diri dan tunggu panggilan polis. Nurin juga dah call dan juga menjawab panggilan Caprice selama beberapa hari (30 April – 2 May) to give Caprice the updates on this case and how Nurin sedang berusaha nak selesaikan dengan cara yang betul.

Nurin juga dah beri keterangan kepada pihak polis secepat mungkin on 2nd May and dah bagitahu Caprice yang Nurin dah bekerjasama dengan pihak polis.

Dipaksa untuk keluarkan kenyataan

Sementara itu, dia menafikan dakwaan ‘menarik’ atau mengajak beberapa orang artis dan anak yatim untuk bergambar di luar dewan. Malah, dia mengakui tidak melakukan tindakan tersebut untuk mengajak mereka bergambar. Walaupun sudah menafikan perkara tersebut, namun, difahamkan Caprice masih tidak terima penjelasannya itu.

Tapi Caprice masih memaksa Nurin untuk keluarkan statement yang Nurin tarik keluar anak yatim dan rakan artis lain dari dalam dewan ke luar dewan untuk ambil gambar walhal benda tu tak betul. For your information, walaupun Nurin ialah salah seorang sponsor event tersebut, Nurin memang tak “tarik keluar” anak yatim dan rakan artis lain. Nurin dah nafikan benda ni dekat Caprice sebab Nurin cakap benda ni tak betul. Tapi Caprice masih tak nak terima.

Sumber: Nurin Afiqah

SKIP THIS AD ×