Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu Asisten Komisioner Zainal Abdullah telah membuka kertas siasatan terhadap penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 yang diadakan di sebuah hotel. Difahamkan, beberapa selebriti turut dipanggil untuk memberi keterangan ekoran beberapa gambar yang tersebar di sosial media didakwa tidak mematuhi SOP.
Artikel berkaitan: Majlis Buka Puasa Langgar SOP Instafamous, Artis Bakal Disiasat
Artikel berkaitan: Didakwa Tidak Menjaga SOP Ketika Pergi Majlis Buka Puasa, Instafamous Tampil Mohon Maaf
Terbaru, di Instagram Caprice memuat naik posting dengan memaklumkan akaunnya telah disekat oleh influencer perempuan yang bergambar dengan tidak memakai pelitup muka itu. Malah, difahamkan juga Caprice akan mengambil tindakan saman terhadap influencer berkenaan kerana didakwa telah menjatuhkan reputasi dan majlis berbuka puasa tertutup itu.
Kita terpaksa ambil tindakan
Menerusi posting di laman Instagram Caprice, difahamkan influencer itu telah menyekat semua akaun media sosial penyanyi rap itu dan didakwa enggan memberi kerjasama dalam siasatan bersama pihak berkuasa. Malah, dia didakwa langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mohon maaf secara terbuka kepada rakan artis dan anak yatim yang terlibat.
Sebab ***** block kita di semua social media dan pasang lawyer, kita terpaksa ambik tindakan SAMAN for the loss of reputation towards my company Rindu Raudah Official dan majlis private kita.
Kita sudah bagi banyak masa untuk **** dan pihak ***** bekerjasama untuk mengaku salah dan buat a public statement to apologize to the anak yatim dan artis-artis lain yang terpaksa jumpa polis, tapi sampai hari ni, dia senyap dan kita pula yang kena jawab wartawan dan pihak polis.
Benda senang nak pasang lawyer?
Caprice turut meminta influencer itu untuk bertanggungjawab kerana kes ini turut melibatkan beberapa rakan artis dan anak yatim dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis.
Benda senang, tapi nak pasang lawyer? Ok sis. Hang yang ambil gambar, hang yang post, hang yang viral, hang yang langgar SOP di luar dewan tapi kita kena jawab? Your face, your product, tapi tak nak bertanggungjawab.
Kamu lupa time nak cari Caprice atau artis untuk tolong promote your product, punyalah laju minta tolong. Tapi time you silap dan kita dianiaya, punyalah senyap. Sekarang nak main lawyer. Pandai berak, pandai cuci.
Thank you.
Sumber: Caprice