Di Instagram, pelakon, Rita Rudaini memberitahu dia malas untuk bergaul dengan orang apabila usia semakin meningkat.
Artikel berkaitan: ‘Kalau Hati Dah Hitam, Soal Hukum Pun Dia Buta’ – Rita Rudaini ‘Throwback’ Perit Naik Turun Mahkamah
Artikel berkaitan: Tunggu Anak Solat Jumaat Tepi Jalan, Netizen Touching Tengok Pengorbanan Rita Rudaini – ‘Simpan Kenangan Ni Sampai Akhir Hayat’
Tak kisah orang nak cakap apa
Tambah Rita, dia tidak kisah mengenai tanggapan orang terhadap dirinya. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Rita turut memuat naik posting mutiara kata daripada Imam As Syafi’i di mana seseorang individu itu tidak perlu mengambil peduli dengan apa yang dikatakan oleh orang luar, namun percayalah ia akan memberikan manfaat kepada dirinya pada hari Akhirat kelak.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pendapat yang sama seperti Rita. Ujar netizen, semakin usia meningkat, mereka malas untuk berfikir mengenai perasaan orang lain. Mereka hanya memberi sepenuh tumpuan terhadap diri sendiri dan keluarga sahaja.
Sumber: Rita Rudaini