Selepas menjalani pembedahan ‘Germ Cell Tumor’ setahun lalu, adik Ainul Mardhiah banyak menunjukkan perkembangan positif dari semasa ke semasa. Selain daripada aktif bermain, Ainul Mardhiah kini difahamkan sudah boleh duduk dan merangkak.
Bapa, Ahmad Safiuddin menerusi Facebook berkongsi ragam adik Ainul apabila mereka terjaga jam 4 pagi mendapati si kecil sedang duduk. Bukan main lincah lagi!
Pukul 4 pagi, Ainul tengah duduk
Semalam pukul 4 pagi, mamanya terjaga ainul tengah duduk sambil tutup trachy dan keluarkan suara. Ya, pukul 4 pagi dan tengah duduk Ainul memang dah boleh duduk, tapi ainul perlu didudukkan. Bukan duduk dengan sendiri. Tapi sejak kebelakangan ini, ainul mula belajar duduk sendiri secara perlahan-lahan.
Cumanya, terkejut lah kan tiba-tiba kami bukak mata, tengok-tengok dia tengah duduk siap cabut oksigen lagi. Allah mengucap panjang kami hahaha. Mana tak risau, dia tidur pakai tiub oksigen, kalau setakat tubing oksigen sahaja tercabut ok lagi. Kalau yang tercabut tu trachy? Mahu tak kecoh pukul 4 pagi tu.
Ainul dah belajar merangkak
Alahai anak. Ini baru duduk. Kalau dia dah tahu berjalan nanti, lagi haru malam-malam. Buatnya kami tengah tidur dia gasak berjalan, memang naya. Dia sebab ainul ni tak keluar suara. So kadang-kadang kami tak perasan bila malam. Start malam ni, walid kena OT lah jaga ainul. Tapi apa pun, ini bukan marah, tapi kelakar. Pukul 4 pagi ajak orang main, apahal.
Bila walid ambik dia and then letak bawah ketiak, dia menangis lepas tu dicungkil-cungkilnya hidung dan mata kita sebab nak ajak main. Ini video mama dia record siang tadi. Ainul dah mula belajar merangkak. Dulu sangkut tang kaki dia tu, tak lepas-lepas nak keluar. Now dah nampak dia dah reti keluarkan kaki.
Alhamdulillah. Umur hampir 2 tahun. Sekarang waktu dia qada’ main dia untuk setahun yang lepas. Lambat sikit tak apa anak, inshaAllah usaha kamu akan membuahkan hasil di kemudian hari. Kami semua tahu bahawa kamu ini seorang pejuang.
Sumber : Ahmad Safiuddin