Pelakon dan pengacara, Tash Yong, 33, mengakui bahawa dia sudah pun mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Khaireel Azlee Abdul Aziz atau lebih dikenali, Boss Kay.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Influencer Tak Hadir Ke JPN, Anak Terpaksa Berbinkan 99 Nama Allah – ‘Buat Live, Keluar Dengan Makwe ..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Influencer Hadir Ke JPN, Selesaikan Isu Pendaftaran Nama Anak
Nikah Ramadan lalu
Memetik laporan Harian Metro, mereka difahamkan telah pun selamat diijabkabulkan pada Ramadan yang lalu di luar negara.
Tash atau nama sebenarnya, Nur Natasha Shazlia Rosli mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak berhasrat untuk merahsiakan perkahwinan itu, namun perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu termasuklah perancangan majlis resepsi pada November depan.
Alhamdulillah, syukur saya dan suami, Boss Kay sudah selamat bernikah pada Ramadan lalu. Saya mohon doakan yang baik-baik buat kami dan tiada niat pun sebenarnya mahu merahsiakan perkahwinan ini.
Cuma, kami simpan dulu cerita perkahwinan sehingga masa sesuai dan majlis resepsi nanti. Tapi, kami faham sebagai individu yang aktif di media sosial sudah tentu membuat orang tertanya-tanya status perhubungan kerana sering memuat naik video dan foto bersama.
Kami harap dengan pengakuan ini, semuanya sudah jelas. Mohon maaf juga kerana kami tidak berkongsi lanjut mengenai perkahwinan kerana ia urusan peribadi. Cukuplah kami sudah mengaku sudah bernikah dan sekarang suami isteri yang sah.
Boss Kay dah ceraikan dua isteri
Dalam pada itu, Tasha turut mendedahkan bahawa suaminya, Boss Kay yang mempunyai dua orang isteri sudah pun menceraikan kedua-dua isterinya itu namun enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenainya.
Mohon hormati keputusan ini dan mendoakan yang baik-baik saja. Kami percaya, segala doa dan kata-kata baik yang diberikan itu akan berbalik juga semuanya kepada kalian semula. Terima kasih.
Untuk info, Tash dan Boss Kay mula berkenalan pada hujung tahun lalu sebelum menjadi rapat sekali gus saling mengenali antara satu sama lain.
Sekadar info, Boss Kay atau lebih dikenali sebagai TikTok Guru dalam kalangan pempengaruh TikTok itu pernah terlibat dengan satu kontroversi mendakwa dirinya tidak memberikan kerjasama dan tidak hadir sewaktu proses pendaftaran nama anaknya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Lebih meruntunkan hati apabila anaknya yang baru dilahirkan terpaksa berbinkan kepada nasab Abdullah dan dia perlu memilih 99 nama Allah untuk dibinkan anaknya.
Susulan itu, Boss Kay kemudiannya hadir ke JPN bagi menguruskan proses tersebut dan menamakan anaknya sebagai Arumi.
Sumber: Harian Metro