Menerusi akaun TikTok seorang pempengaruh bernama Nor Sufia Johari yang mesra disapa Cik Pia meluahkan rasa marah dan kecewanya terhadap sikap suami yang tidak bertanggungjawab.
Artikel Berkaitan: Buat Duit Dengan ‘Live’ Berbogel, Polis Berkas Influencer
Artikel Berkaitan: Erna Elliyana Desak ‘Influencer’ Tarik Balik Kenyataan Fitnah, Henti ‘Hentam’ Kamya Fest
Anak tak berbinkan bapa
Video tersebut memaparkan dirinya yang tidak mampu menahan tangisan semasa berada di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kerana suaminya enggan memberikan kerjasama untuk hadir bersama.
Lebih meruntunkan hati apabila anaknya yang baru dilahirkan terpaksa berbinkan kepada nasab Abdullah dan dia perlu memilih 99 nama Allah untuk dibinkan anaknya.
Pempengaruh itu amat terkilan dan kesal apabila dia mengetahui suaminya masih sempat melakukan siaran langsung di sosial media malah meluangkan masa untuk keluar bersama-sama teman wanitanya.
Dalam pada itu, dia juga menzahirkan kebimbangan andai berlaku kejadian di masa hadapan kemungkinan anak-anak akan berkahwin sesama sendiri akibat berbinkan nama bapa yang berbeza walaupun dari bapa yang sama.
@norsufiajohari pedih bagai dihiris hati ini..bapak masih live masih ade masa kesana kesini dgn “makwe” tp utk dtg ke JPN daftarkan ank xde masa..#fyp #trending #tiktokmalaysia #tiktok #viral #fypage #fyp??viral #fyp? #tiktokviral #tiktoker
Sumber: TikTok