berita

‘Dah Dengar Kita Menang, Baru Nak Call Beri Kerjasama?’ – Aishah Tuju Caption Sinis Kepada Jihan?

July 4th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Isu mengenai penyanyi Janji Manismu, Aishah yang tidak berpuas hati dengan hadiah kemenangan yang diterimanya dalam sebuah program realiti akhirnya menemui jalan noktah apabila peguam yang mewakili Aishah telah berjaya menyelesaikan kes tersebut melalui mediasi diantara kedua-dua belah pihak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Terbaru, menerusi Twitter Azlan, lelaki tersebut kongsi sidang media yang dilakukan oleh Aishah. Perkongsian tersebut turut mencuri tumpuan netizen apabila penyanyi itu turut memuat naik satu status di Instagramnya, berkaitan anak seni yang memandang sinis terhadap perjuangannya selama ini.

Aishah stood up for her right

 

Video berdurasi 1:21 saat itu memaklumkan bahawa usahawan kosmetik tersebut perlu menggantikan barang kemas berlian asli kepada Aishah semula. Di samping itu, penyanyi tersebut diberi hak sepenuhnya untuk memilih barang kemas di sebuah kedai emas yang dipilih sendiri oleh usahawan kosmetik itu. Permohonan maaf melalui media dan membayar kos peguam cara penyanyi tersebut perlu dilakukan oleh usahawan kosmetik itu juga.

Siap komen rasa tersepit ‘antara gajah’

https://www.instagram.com/p/BzZeWifhv0c/

Menerusi Instagram Aishah, dia memuat naik foto dan kapsyen mengenai perjuangannya semasa lawan kes tersebut. Menurutnya, kehidupan sebagai anak seni perlu berusaha dengan sendiri kerana tidak ramai kawan yang akan membantu di saat kita memerlukan walaupun mengikut cara undang-undang. Tambahnya, siap ada yang memaki hamun dan meninggalkan komen rasa tersepit terhadap perbalahan yang berlaku.

Aishah turut memberitahu bahawa selepas kemenangannya, barulah rakan artis tersebut muncul untuk memberi kerjasama. Penyanyi tersebut turut mentioned pengacara Jihan Muse di bawah statusnya itu. Mentioned yang dilakukan Aishah ternyata mencuri perhatian ramai netizen di ruangan komennya.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen puji dengan keberanian dan tindakan Aishah untuk melawan kes tersebut. Netizen menganggap perjuangan penyanyi tersebut sebagai hak dirinya untuk mendapatkan keadilan. Di samping itu, netizen turut terkejut mengenai Jihan yang merupakan salah seorang individu yang dikaitkan mengenai kontoversi ini.

Sumber: Aishah & Azlan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×